Kalau sedang cari cara membuat sandwich telur yang mudah untuk bekal anak, resipi ini memang boleh dicuba. Bahan-bahannya pun ringkas dan kebanyakannya memang sudah ada di dapur, iaitu telur rebus, sos cili dan mayonis.
Menurut perkongsian resipi ini, sandwich telur selalu dibawa sebagai bekalan untuk potluck di sekolah anak. Walaupun dibuat secara simple, sandwich seperti ini sesuai untuk disediakan apabila mahu bekalan yang tidak terlalu rumit.
Menariknya, inti telur ini boleh disediakan dalam masa yang singkat. Salad pula hanya pilihan, jadi kalau anak kurang gemar sayur, boleh sahaja tidak diletakkan. Jom cuba buat sandwich telur yang mudah ini di rumah!
Baca juga: Resipi Kebab Daging Guna Roti Putih, Tak Sampai 10 Minit Dah Siap Masak!
CARA MEMBUAT SANDWICH TELUR
Bahan-bahan:
- Telur rebus
- Sos cili
- Mayonis
- Sos roasted sesame (pilihan)
- Daun salad (jika suka)
- Roti sandwich secukupnya
Cara-cara:
- Masukkan telur rebus ke dalam mangkuk. Lenyekkan telur menggunakan garpu mengikut tekstur yang disukai.
- Tambahkan sos cili dan mayonis ke dalam telur yang telah dilenyek.
- Jika suka, masukkan sedikit Kewpie Roasted Sesame untuk menambahkan rasa pada inti telur.
- Gaulkan semua bahan sehingga sebati dan sekata.
- Ambil sekeping roti sandwich dan letakkan daun salad jika suka.
- Letakkan inti telur di atas roti dan ratakan.
- Tutup dengan sekeping lagi roti sandwich. Potong kepada dua atau empat bahagian mengikut kesukaan.
- Sandwich telur siap untuk dihidangkan atau dijadikan bekal.
Sumber: DaiaJamiaan2
Baca juga: Resipi Roti Gulung Jejari Ketam Yang Selalu Jadi Rebutan, Baru Hidang Dah Tinggal Pinggan Kosong!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM

