ayam mayonis bakar

Ayam mayonis bakar semakin menjadi pilihan ramai kerana rasanya yang lebih berjus, lembut dan kaya dengan perisa berbanding ayam bakar biasa. Gabungan mayonis bersama sos cili Thai, sos tiram dan rempah ringkas menjadikan setiap bahagian ayam lebih sedap walaupun hanya diperap seketika.

Resipi yang dikongsikan oleh Mariana Zainal ini turut mendapat perhatian ramai kerana cara penyediaannya yang mudah. Menariknya, ayam ini boleh dimasak menggunakan kuali, air fryer atau oven mengikut kesesuaian masing-masing. Jika anda sedang mencari menu ayam yang lain daripada kebiasaan, resipi ini memang patut dicuba.

Baca juga: Sotong Bakar Sambal Macam Restoran Seafood, Gerenti Selera Terangkat!

RESIPI AYAM MAYONIS BAKAR

ayam mayonis bakar

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam (lebih kurang 2kg), dipotong 8 bahagian
  • Kelar sedikit pada bahagian ayam

Bahan tumbuk kasar:

  • 7 hingga 8 ulas bawang putih
  • 2 ketul halia sebesar ibu jari
  • ½ sudu kecil lada hitam

Bahan perapan:

  • 5 sudu besar mayonis
  • 3 sudu besar sos cili Thai
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar madu
  • 3 sudu besar chili flakes
  • ½ sudu kecil mixed herbs
  • 1¼ sudu kecil garam halus
  • ½ cawan minyak masak

Cara-cara Penyediaan:

1. Basuh ayam sehingga bersih dan toskan.

2. Tumbuk kasar bawang putih, halia dan lada hitam.

3. Satukan bahan tumbuk bersama semua bahan perapan di dalam bekas.

4. Kacau sehingga sebati.

5. Lumurkan bahan perapan pada ayam hingga rata.

6. Simpan dalam peti sejuk dan perap sekurang-kurangnya 30 minit.

7. Untuk rasa yang lebih sedap dan meresap, perap selama 1 jam atau semalaman.

Cara Masak Guna Kuali:

1. Susun ayam dalam kuali tidak melekat.

2. Masak menggunakan api perlahan.

3. Tutup kuali dan biarkan selama 10 minit.

4. Buka tudung, sapu lagi bahan perapan dan balikkan ayam.

5. Tutup semula dan masak selama 10 minit.

6. Buka tudung, sapu sekali lagi bahan perapan.

7. Tutup dan masak selama 5 minit sebelum diangkat.

Nota: Tidak perlu menambah minyak kerana bahan perapan sudah mengandungi minyak.

Cara Masak Guna Air Fryer:

1. Panaskan air fryer pada suhu 200°C.

2. Bakar ayam selama 15 hingga 20 minit.

3. Balikkan ayam dan sapukan baki bahan perapan.

4. Bakar lagi selama 15 hingga 20 minit.

5. Sapu sekali lagi bahan perapan dan bakar tambahan 5 minit.

Cara Masak Guna Oven:

1. Panaskan oven pada suhu 230°C.

2. Bakar ayam selama kira-kira 35 minit atau sehingga masak sepenuhnya.

Tips Ayam Mayonis Bakar Lebih Sedap:

  • Kelar sedikit ayam supaya bahan perapan lebih mudah meresap hingga ke bahagian dalam.
  • Perap ayam semalaman jika mahu rasa yang lebih padu.
  • Gunakan api sederhana perlahan ketika memasak menggunakan kuali supaya ayam masak sekata.
  • Sapu baki bahan perapan beberapa kali semasa proses membakar untuk rasa yang lebih kaya.
  • Jika suka lebih pedas, tambahkan sedikit lagi chili flakes mengikut cita rasa.
  • Madu boleh ditambah untuk menghasilkan warna ayam yang lebih cantik dan berkilat selepas dibakar.

Selamat mencuba!

Sumber: Mariana Zainal

Baca juga: Cara Buat Ayam Bakar Ala Domino’s, Kuah Manis Pedas Buat Ayam Jadi ‘Juicy’ & Kegemaran Keluarga

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN