
Kalau suka sambal yang pedas, masam dan cukup membangkitkan selera, sambal belacan kisar ini memang wajib cuba. Cara membuatnya sangat mudah kerana semua bahan hanya perlu dikisar tanpa perlu dimasak.
Menariknya, sambal ini boleh dibuat dalam kuantiti banyak untuk dijadikan stok di rumah. Bila tiba-tiba teringin makan sambal dengan nasi panas atau ulam, tinggal ceduk sahaja.
Baca juga: Kailan Goreng Biasa Paling Simple, Tak Perlu Ikan Masin Tapi Tetap Sedap Dan Cukup Rasa
RESIPI SAMBAL BELACAN KISAR

Bahan-bahan:
- Cili padi secukupnya
- Belacan secukupnya
- Limau kasturi secukupnya, dibuang biji
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa secukupnya
- Gula putih secukupnya
- Cuka masakan secukupnya
- Air asam limau nipis secukupnya
Cara-cara Penyediaan:
1. Bakar belacan terlebih dahulu sehingga naik bau. Ketepikan dan biarkan sejuk seketika.
2. Masukkan cili padi, belacan bakar dan limau kasturi yang telah dibuang biji ke dalam pengisar.
3. Masukkan garam secukup rasa, kemudian kisar seketika.
4. Masukkan pula serbuk perasa, gula putih, cuka masakan dan air asam limau nipis.
5. Jika tiada air asam limau nipis, boleh gunakan perahan buah limau nipis.
6. Kisar semua bahan sehingga sebati, tetapi jangan terlalu halus. Biarkan sambal mempunyai sedikit tekstur.
7. Rasa sambal dan sesuaikan semula bahan perasa mengikut citarasa.
8. Sambal belacan siap dan boleh terus dinikmati bersama nasi panas, ulam-ulaman atau lauk kegemaran.
Tips:
- Bakar belacan terlebih dahulu supaya aromanya lebih wangi dan rasa sambal lebih sedap.
- Jangan kisar terlalu lama kerana sambal belacan lebih menyelerakan apabila teksturnya sedikit kasar.
- Jumlah cili padi boleh ditambah atau dikurangkan mengikut tahap kepedasan yang disukai.
- Untuk rasa yang lebih seimbang, sesuaikan jumlah gula, cuka dan limau mengikut citarasa.
- Jika membuat dalam kuantiti banyak, simpan sambal dalam bekas yang bersih, kering dan bertutup.
- Gunakan sudu yang bersih dan kering setiap kali mengambil sambal supaya stok lebih terjaga.
Selamat mencuba!
Sumber: Mariatul Ghajali
Baca juga: Cara Goreng Ikan Bilis Rangup Walaupun Dibasuh, Rupanya Ini Teknik Yang Betul!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














