
Ada yang suka cekodok pisang tetapi kurang gemar apabila hasilnya terlalu berminyak? Cekodok pisang resepi ini boleh dicuba kerana menggunakan nisbah mudah yang membantu menghasilkan cekodok rangup di luar dan lembut di dalam.
Menerusi perkongsian Salbiah Ahamad di Facebook, rahsianya bukan pada banyak bahan, tetapi pada sukatan pisang dan tepung serta cara menggoreng yang betul. Tak perlu timbang pun, hanya gunakan cawan sebagai sukatan.
Baca juga: Tips Lempeng Lembut & Berongga Elok, Wanita Ini Kongsi Teknik Mudah Selepas Cuba Sendiri
CEKODOK PISANG RESEPI TAK SERAP MINYAK

Rahsia utama resipi ini ialah menggunakan nisbah 2 cawan pisang kepada 1 cawan tepung gandum. Nisbah ini mudah anda ingat dan tidak memerlukan sukatan yang rumit.
Selain itu, minyak perlu dipastikan benar-benar panas sebelum adunan dimasukkan. Jangan goreng terlalu banyak dalam satu masa kerana suhu minyak boleh turun dan menyebabkan cekodok menyerap lebih banyak minyak.
Bahan-Bahan:
- 2 cawan pisang yang sudah dilenyek
- 1 cawan tepung gandum
- 1 genggam kelapa parut
- 2 sudu besar gula
- Sedikit garam
Cara-Cara Penyediaan:
1. Lenyek pisang
Masukkan pisang ke dalam mangkuk dan lenyek sehingga hancur.
2. Campurkan bahan
Masukkan tepung gandum, gula, garam dan kelapa parut. Gaul sehingga semua bahan sebati dan menjadi adunan cekodok.
3. Panaskan minyak
Panaskan minyak dengan secukupnya sehingga betul-betul panas. Elakkan memasukkan adunan ketika minyak masih suam.
4. Goreng cekodok
Cedok adunan dan masukkan ke dalam minyak panas. Jangan masukkan terlalu banyak dalam satu masa supaya suhu minyak tidak turun mendadak.
5. Balik-balikkan
Semasa menggoreng, sentiasa balik-balikkan cekodok supaya masak sekata dan warnanya cantik.
6. Toskan
Apabila cekodok sudah keperangan, angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan.
Hasilnya, cekodok pisang mempunyai bahagian luar yang rangup dengan bahagian dalam yang lembut. Penambahan kelapa parut pula memberikan aroma dan rasa yang lebih klasik.
Tips Cekodok Pisang Tak Serap Minyak
- Gunakan pisang yang sudah masak atau terlebih masak.
- Ikut nisbah 2 cawan pisang : 1 cawan tepung gandum.
- Pastikan minyak benar-benar panas sebelum mula menggoreng.
- Jangan masukkan terlalu banyak cekodok dalam kuali pada satu masa.
- Sentiasa balik-balikkan cekodok supaya masak sekata.
- Tambahkan kelapa parut untuk rasa yang lebih harum.
- Jangan goreng menggunakan api terlalu perlahan kerana cekodok boleh menyerap lebih banyak minyak.
Kalau ada pisang yang sudah terlebih masak di rumah, jangan terus buang. Cuba buat cekodok pisang menggunakan resipi mudah ini. Mana tahu, sekali cuba terus jadi kegemaran keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Salbiah Ahamad
Baca juga: Resepi Cucur Jagung Manis 5 Bahan, Makan Panas-Panas Dengan Kopi Memang Ngam!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














