resepi cucur jagung manis

Kalau sedang mencari resepi cucur jagung manis yang mudah dan tak menggunakan banyak bahan, boleh cuba resipi ini. Hanya 5 bahan diperlukan untuk menghasilkan cucur yang sedap, rangup di luar dan lembut di dalam.

Menurut perkongsian Noor Suhadha di Facebook, cucur jagung ini memang sedap dinikmati ketika masih panas. Lebih-lebih lagi kalau makan bersama secawan kopi atau teh O, memang ngam untuk sarapan atau minum petang.

Baca juga: Cara Membuat Cucur Sayur Guna Tepung 1kg, Sekali Buat Memang Dapat Banyak

RESEPI CUCUR JAGUNG MANIS 5 BAHAN

resepi cucur jagung manis

Resipi ini cukup mudah disediakan kerana bahan-bahannya ringkas dan mudah didapati. Jagung manis menjadi bahan utama, manakala tepung beras membantu memberikan tekstur cucur yang lebih rangup selepas digoreng.

Bahan-bahan:

  • 1 ½ cawan tepung naik sendiri
  • 2 tongkol jagung
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar gula pasir
  • Air panas secukupnya

Cara-cara penyediaan:

1. Hiris biji jagung daripada tongkol terlebih dahulu.

2. Masukkan tepung naik sendiri, jagung, tepung beras dan gula pasir ke dalam mangkuk.

3. Tuangkan air panas sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga semua bahan sebati.

4. Biarkan adunan seketika.

5. Panaskan minyak dalam kuali.

6. Ambil adunan menggunakan scoop aiskrim atau tangan.

7. Masukkan adunan ke dalam minyak panas dan goreng sehingga masak serta garing.

8. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan.

Tips buat cucur jagung lebih sedap:

  • Jika menggunakan tepung gandum biasa, tambahkan sedikit baking powder ke dalam adunan.
  • Masukkan air panas sedikit demi sedikit supaya adunan tidak terlalu cair.
  • Pastikan minyak sudah cukup panas sebelum mula menggoreng.
  • Jangan masukkan terlalu banyak adunan dalam kuali supaya cucur masak sekata.
  • Goreng sehingga bahagian luar kelihatan garing untuk mendapatkan tekstur yang lebih sedap.

Cucur jagung ini paling sedap dinikmati ketika masih panas. Dengan rasa manis jagung dan tekstur yang garing di luar, memang sesuai dijadikan kudapan ringkas bersama kopi atau teh O.

Selamat mencuba!

Sumber: Noor Suhadha

Baca juga: Cara Buat Kuih Masalode Ikut Resipi Arwah Mak…Rangup Di Luar, Dalam Tak Keras!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN