
Sambal tempoyak petai merupakan antara hidangan kampung yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar rasa pedas, masam dan aroma petai yang tersendiri. Dimakan bersama nasi panas, bilis goreng rangup dan telur mata, memang boleh buat selera bertambah.
Perkongsian resipi oleh Mazura Abdullah di Facebook menunjukkan cara menyediakan sambal tempoyak petai yang cukup mudah. Menurutnya, ini merupakan kali pertama dia mencuba resipi tersebut dan hasilnya ternyata menggoda selera.
Baca juga: Kailan Goreng Biasa Paling Simple, Tak Perlu Ikan Masin Tapi Tetap Sedap Dan Cukup Rasa
RESIPI SAMBAL TEMPOYAK PETAI

Resipi ini sesuai dicuba di rumah kerana menggunakan bahan yang mudah didapati. Cara memasaknya juga tidak rumit dan boleh disesuaikan mengikut tahap kepedasan serta kepekatan sambal yang disukai.
Bahan-bahan:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Cili jarum hijau
- Tempoyak masam
- Petai
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Serbuk perasa secukupnya
- Pati bilis secukupnya
Cara-cara Penyediaan:
1. Tumis bahan
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih serta cili jarum hijau sehingga naik bau dan pecah minyak.
2. Masukkan tempoyak
Kemudian, masukkan tempoyak masam bersama garam, gula, serbuk perasa dan pati bilis. Kacau sehingga semua bahan sebati.
3. Masukkan petai
Masukkan petai dan teruskan memasak. Tidak perlu menambah air jika menggunakan petai yang telah dibekukan kerana petai biasanya akan mengeluarkan sedikit air ketika dimasak.
4. Masak hingga pekat
Kacau dan masak sehingga sambal sebati serta mencapai tahap kepekatan yang diingini. Setelah masak, bolehlah dihidangkan.
Tips Buat Sambal Tempoyak Petai Lebih Sedap
- Gunakan tempoyak masam mengikut tahap rasa yang disukai. Jika terlalu masam, seimbangkan dengan sedikit gula.
- Laraskan jumlah cili jarum hijau mengikut tahap kepedasan yang diingini.
- Jika menggunakan petai frozen, tidak perlu terus menambah air kerana ia akan mengeluarkan sedikit air ketika dimasak.
- Masak sambal sehingga pecah minyak dan mencapai kepekatan yang disukai.
- Untuk hidangan lebih menyelerakan, nikmati bersama nasi panas, bilis goreng rangup dan telur mata.
Resipi sambal tempoyak petai ini membuktikan hidangan kampung yang ringkas pun boleh menjadi lauk yang cukup membuka selera. Dengan bahan yang mudah dan cara penyediaan yang tidak rumit, memang berbaloi untuk dicuba di rumah.
Selamat mencuba!
Sumber: Mazura Abdullah
Baca juga: Udang Masak Lemak Cili Padi Yang Wajib Dicuba, Kuahnya Sedap Sampai Nasi Pun Nak Bertambah
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














