kailan goreng biasa

Kalau nak lauk sayur yang cepat dan tak renyah, kailan goreng biasa ini memang sesuai sangat. Bahan pun ringkas, tak perlu ikan masin tetapi tetap cukup rasa bila dimakan bersama nasi panas.

Biasanya kailan goreng memang sinonim dengan ikan masin. Namun, versi ini hanya menggunakan ikan bilis, sos tiram dan sedikit serbuk perisa untuk menghasilkan rasa yang sedap dan menyelerakan.

Baca juga: Cencaru Sumbat Sambal Pedas Manis, Petua Mudah Ini Buat Inti Tak Keluar Masa Digoreng

RESIPI KAILAN GORENG BIASA

kailan goreng biasa

Bahan-bahan:

  • Baby kailan secukupnya
  • 1 biji bawang merah, dihiris
  • Bawang putih secukupnya, dicincang kasar
  • 1 biji lada merah, dihiris
  • Sedikit ikan bilis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • ½ sudu besar serbuk perisa

Cara-cara Penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.

2. Goreng ikan bilis seketika hingga sedikit garing.

3. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Tumis hingga naik bau.

4. Masukkan lada merah dan kacau sebentar.

5. Masukkan baby kailan, kemudian gaul rata dengan bahan tumisan.

6. Tambahkan sos tiram dan serbuk perisa. Kacau hingga semua bahan sebati.

7. Jika sayur terlalu kering, masukkan sedikit air dan teruskan memasak.

8. Masak sehingga kailan lembut mengikut tahap yang disukai, kemudian tutup api.

9. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Tips Kailan Goreng Biasa

  • Tak perlu tambah garam kerana ikan bilis, sos tiram dan serbuk perisa sudah memberikan rasa yang cukup.
  • Jika suka pedas, boleh tambah cili padi mengikut selera.
  • Kalau menggunakan kailan biasa, potong kepada bahagian yang lebih kecil supaya mudah dimakan dan cepat masak.
  • Jangan masak kailan terlalu lama supaya sayur tidak terlalu layu.
  • Jika suka kailan yang lebih berkuah sedikit, tambah air dalam kuantiti yang kecil ketika memasak.

Selamat mencuba!

Sumber: mill masak

Baca juga: Udang Masak Lemak Cili Padi Yang Wajib Dicuba, Kuahnya Sedap Sampai Nasi Pun Nak Bertambah

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN