
Ayam masak merah utara memang cukup sinonim dengan hidangan kenduri, terutama apabila disajikan bersama nasi minyak atau nasi tomato. Kuahnya yang pekat, pedas dan berlemak memang boleh buat selera terus terbuka.
Versi ini ada satu bahan istimewa yang membuatkan kuahnya terasa lebih padu, iaitu kacang tanah kisar. Digabungkan dengan susu sejat dan tomato soup, kuah merahnya jadi lebih kaya rasa dan sedap dicurahkan atas nasi.
Baca juga: Resepi Nasi Minyak Kenduri Yang Buat Orang Tambah Berkali-Kali, Hasilnya Berderai & Wangi Semerbak
RESIPI AYAM MASAK MERAH UTARA STAIL KENDURI

Bahan-Bahan:
Bahan Kisar:
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 6–7 biji cili merah
- 5–6 biji cili kering
Bahan Tumis:
- 3 biji bawang merah, dimayang
- 2 ulas bawang putih, dimayang
- 2 inci halia, diracik halus
- 2 batang serai, dititik
- 2 helai daun pandan
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 kuntum bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
Bahan Lain:
- ½ tin tomato soup
- ½ tin susu sejat
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Kacang tanah kisar
- Daun bawang dan daun sup
- Kacang peas, jika suka
- 1 ekor ayam, digoreng separuh masak
Cara-Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak secukupnya. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, serai, daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis dengan api sederhana. Masak sehingga sambal benar-benar pecah minyak dan tidak lagi berbau mentah.
3. Masukkan tomato soup dan susu sejat. Kacau rata sehingga kedua-duanya sebati dengan sambal.
4. Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa. Teruskan memasak sehingga kuah menjadi pekat dan minyak kembali naik.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak. Gaul perlahan-lahan supaya kuah menyelaputi keseluruhan ayam.
6. Masukkan kacang tanah kisar, daun sup, daun bawang, bawang besar yang dihiris bulat dan kacang peas jika suka.
7. Kacau sebentar sehingga semua bahan sebati, kemudian tutup api.
Tips Ayam Masak Merah Utara Lebih Sedap
- Jangan tergesa-gesa ketika menumis bahan kisar. Pastikan sambal dimasak sehingga betul-betul pecah minyak supaya rasanya lebih sedap dan tidak terasa mentah.
- Kacang tanah kisar jangan ditinggalkan jika mahu kuah yang lebih lemak dan padu.
- Ayam elok digoreng separuh masak terlebih dahulu supaya teksturnya lebih sedap apabila dimasak bersama kuah.
- Masak kuah sehingga pekat supaya ia lebih mudah melekat pada ayam.
- Hidangkan bersama nasi minyak, nasi tomato atau nasi putih mengikut selera.
Resipi ini dikongsikan oleh Salbiah Ahamad di Facebook. Kalau sudah cuba, bolehlah kongsikan hasilnya dan nikmati bersama keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Salbiah Ahamad
Baca juga: Resipi Rendang Daging Tok Perak Asli, Pekat Berempah Wangi Macam Kenduri Raya Dulu-Dulu
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














