creamy chicken mushroom

Creamy chicken mushroom kini menjadi antara menu western homemade yang semakin digemari kerana rasanya setanding hidangan di kafe. Dengan gabungan ayam yang diperap bersama yogurt, sos cendawan berkrim dan sayur-sayuran segar, hidangan ini bukan sahaja menyelerakan malah mudah disediakan menggunakan air fryer.

Perkongsian resipi oleh Syaz Jannah di Facebook turut mencuri perhatian ramai kerana menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan langkah penyediaan yang tidak rumit. Hasilnya, ayam kekal lembut, berjus dan dipadankan dengan sos creamy mushroom yang pekat serta beraroma.

Baca juga: Resepi Ayam Grill Guna 6 Bahan Je, Mudah Sangat Tapi Rasa Macam Makan Di Kafe

RESIPI CREAMY CHICKEN MUSHROOM ALA KAFE

creamy chicken mushroom

Bahan-bahan Ayam:

  • 1 ekor ayam, dipotong kepada 4 bahagian
  • Yogurt secukupnya
  • Rempah perapan ayam (atau serbuk kari daging bersama paprika)
  • 1 biji kentang, dihiris
  • Beberapa keping butter

Bahan-bahan Sos Creamy Mushroom:

  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 1 biji bawang Holland, dihiris
  • Cendawan (ikut pilihan)
  • 1 cawan susu
  • Sedikit cooking cream
  • Brokoli
  • Tomato
  • Chili flakes
  • Oregano
  • Rosemary
  • Garam secukup rasa
  • Bancuhan tepung jagung (pilihan)

Cara-cara Penyediaan:

A. Penyediaan Ayam

  1. Lumurkan ayam dengan yogurt dan rempah perapan hingga rata.
  2. Perapkan seketika supaya rempah lebih meresap ke dalam isi ayam.
  3. Susun ayam di dalam bakul air fryer bersama hirisan kentang.
  4. Letakkan beberapa keping butter di atas kentang.
  5. Bakar pada suhu 200°C selama 40 minit atau sehingga ayam masak dan bertukar keperangan.

B. Penyediaan Sos Creamy Mushroom

  1. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bawang putih dan bawang Holland hingga naik bau.
  2. Masukkan cendawan dan kacau sehingga sedikit layu.
  3. Tuangkan susu bersama sedikit cooking cream.
  4. Apabila kuah mula mendidih, masukkan brokoli dan tomato. Jika mahu pilihan yang lebih sihat, boleh gantikan dengan bayam (spinach).
  5. Taburkan chili flakes, oregano dan rosemary mengikut cita rasa.
  6. Perasakan dengan garam secukupnya.
  7. Jika mahukan kuah lebih pekat, masukkan sedikit bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga sebati.

Tips:

  • Perapan menggunakan yogurt membantu menjadikan isi ayam lebih lembut dan berjus selepas dibakar.
  • Jika tiada rempah perapan segera, gunakan gabungan serbuk kari daging dan paprika sebagai alternatif.
  • Gunakan pelbagai jenis cendawan seperti butang putih, butang perang atau shiitake untuk menambahkan rasa.
  • Bayam boleh menggantikan brokoli atau tomato jika inginkan lebih banyak sayuran hijau.
  • Taburkan sedikit keju di atas kentang yang dibakar untuk rasa yang lebih lemak dan penampilan lebih menyelerakan.
  • Hidangkan bersama salad segar dan hirisan lemon bagi melengkapkan hidangan ala kafe.

Selamat mencuba!

Sumber: Syaz Jannah

Baca juga: Roti Butter Kaya Viral Ala Coffee Bean, Wanita Ini Kongsi Rahsia Sampai Suami Minta Hari-Hari!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN