
Bila masuk bab perancangan belanja dapur, ramai antara kita yang runsing memikirkan kos barang dapur basah yang semakin meningkat. Lebih-lebih lagi kalau nak beli lauk-pauk untuk keperluan seisi rumah selama sebulan.
Namun, perkongsian daripada seorang pengguna Threads bersama Solehah Shafiri ini membuktikan bahawa nak berjimat itu sebenarnya tak mustahil. Mana tidaknya, niat asal mahu berbelanja mengikut bajet RM400 untuk sebulan, tetapi hasil perancangan teliti membolehkan mereka membawa pulang 8 jenis lauk dengan kos RM241 sahaja!
PASANGAN INI KONGSI PETUA BELI BARANG DAPUR BASAH SEBULAN DENGAN BAJET RM241
Menurut Solehah, kunci utama penjimatan mereka adalah berbincang terlebih dahulu sebelum melangkah keluar membeli-belah. Dengan merancang menu bulanan, pembaziran barang basah dapat elakkan kerana setiap bahan yang dibeli sudah ada menunya yang tersendiri.
“Last weekend saya dan husband decided untuk beli lauk sebulan terus. Jadi nak elakkan pembaziran, kami sit down together dan bincang menu for the whole month. Bajet RM400, surprisingly kami boleh beli 8 jenis lauk untuk sebulan for only RM241! Jimat banyakk!”
View on Threads
SENARAI LAUK YANG DIBELI
Bukan sekadar ayam dan ikan biasa, senarai lauk yang dibeli penuh dengan variasi termasuklah daging, udang dan sotong:
- 5 ekor ayam: RM87
- Tulang rusuk lembu (2kg) + daging & lemak (500g): RM71
- Ikan siakap (3 Ekor Saiz M): RM38
- Ikan bawal Emas: RM19
- Sotong (6 ekor): RM11
- Ikan kembung (4 ekor): RM8
- Udang (10 ekor): RM7
Bukan sahaja pandai berbelanja, langkah seterusnya selepas pulang ke rumah juga amat penting untuk memastikan bahan basah tahan lama dan mudah dimasak. Solehah berkongsi bahawa dia terus membersihkan semua lauk-pauk berkenaan, membahagikannya mengikut kuantiti masakan harian dan menampal label menu pada setiap bekas.
“Saya basuh, asingkan dan label terus menu. Nanti nak masak senang, boleh ambik je. Rupanya nak berjimat tak susah, kena rajin sikit je,” katanya lagi.
Selain itu, dia turut berkongsi menu hariannya yang mendapat perhatian ramai. Ramai pengikut meninggalkan komen meminta idea menu untuk sebulan, jadi perkongsian ini dibuat sebagai rujukan dan inspirasi buat mereka yang buntu memikirkan hidangan harian.
View on Threads
Sumber: Thread
Baca juga: Cara Masak Kerang Rebus Supaya Kekal Juicy & Manis, Isi Pun Mudah Tertanggal Dari Kulit
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














