
Siapa kat sini yang selalu beli buah limau kasturi dalam kuantiti yang banyak, tapi hujung-hujung terbiar layu, kering dan kecut dalam peti ais? Sudahnya, terpaksa buang begitu sahaja. Memang sayang dan membazir!
Limau kasturi ini kalau dalam masakan Melayu memang ‘game changer’. Nak buat sambal belacan padu, nak perah atas mi goreng atau buat teh o ais limau segar waktu tengah hari, semuanya perlukan titisan jus limau yang masam-masam segar ini.
Rupanya ada cara yang sangat praktikal untuk selamatkan lambakan limau kasturi daripada rosak. Caranya adalah dengan membekukan jusnya menjadi tiub ais. Bukan sahaja tahan berbulan-bulan, malah bila nak guna nanti, kerja memasak pun jadi lebih cepat dan efisien! Jom ikuti langkah mudah di bawah.
Baca juga: Cara Masak Kerang Rebus Supaya Kekal Juicy & Manis, Isi Pun Mudah Tertanggal Dari Kulit
TIP SIMPAN JUS BUAH LIMAU KASTURI, TAHAN BERBULAN-BULAN

Berdasarkan perkongsian kreatif daripada pengguna media sosial, anda hanya perlukan beberapa langkah mudah ini:
- Mula-mula, asingkan limau kasturi yang segar. Basuh bersih-bersih untuk membuang segala kotoran atau getah yang melekat pada kulitnya. Selepas basuh, toskan sehingga kering
- Potong dua limau kasturi tersebut dan perah jusnya. Pastikan anda menapis jus tersebut supaya bijinya tidak termasuk sekali. Biji limau kalau termasuk boleh menyebabkan jus menjadi pahit, jadi kena tapis betul-betul ya!
- Ambil bekas acuan ais tiub (ice cube tray) yang ada di rumah. Tuangkan jus limau kasturi yang asli tadi ke dalam setiap slot acuan. Tak perlu tambah air atau gula, kita mahukan pati jus yang tulen.
- Masukkan bekas acuan tadi ke dalam bahagian pembeku (freezer) dan biarkan ia mengeras sepenuhnya semalaman.
- Selepas jus limau sudah keras menjadi ketulan ais yang cantik, keluarkan ia daripada acuan. Simpan ketulan jus limau tersebut ke dalam bekas kedap udara atau plastik ‘ziplock’ dan masukkan semula ke dalam freezer.
Sumber: Facebook
Baca juga: Cara Kukus Pulut Tanpa Rendam, Guna Cara Ini Confirm Masak Cantik & Tekstur Sebiji-Sebiji!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














