jeruk halia

Jeruk halia muda merupakan antara hidangan sampingan yang ramai suka kerana rasanya yang unik, gabungan masam, manis dan sedikit pedas daripada halia. Selain dimakan begitu sahaja, jeruk ini juga enak dijadikan pelengkap bersama nasi, makanan berkuah atau hidangan yang agak berlemak.

Bagi yang suka rasa jeruk yang segar dan menyelerakan, resipi jeruk halia muda ini memang wajib dicuba. Cara penyediaannya juga sangat mudah kerana hanya menggunakan beberapa bahan asas seperti cuka, gula dan garam sahaja.

Menariknya, selepas dicampurkan bersama bancuhan cuka, halia muda akan berubah warna menjadi kemerah-merahan seperti merah jambu secara semula jadi. Selepas diperam selama sehari dua, jeruk ini sudah boleh dinikmati dengan tekstur yang rangup dan rasa yang cukup seimbang.

Baca juga: Resipi Cili Jeruk Rangup & Anti Kulat, Tak Letak Peti Pun Tahan Sampai Berminggu!

RESEPI JERUK HALIA MUDA

jeruk halia

Bahan-bahan:

  • Halia muda secukupnya
  • 1 gelas cuka makan
  • 2 sudu besar garam
  • 10 sudu besar gula

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan halia muda dan buang kulitnya. Boleh kikis kulit menggunakan sudu supaya isi halia tidak banyak terbuang.
  2. Hiris halia nipis-nipis mengikut ketebalan yang disukai. Hirisan nipis akan membuatkan jeruk lebih mudah menyerap rasa.
  3. Dalam satu bekas, campurkan cuka makan, gula dan garam. Kacau sehingga gula dan garam larut sepenuhnya.
  4. Masukkan hirisan halia muda ke dalam bancuhan cuka tadi. Gaul rata supaya semua bahagian halia terkena campuran jeruk.
  5. Pindahkan jeruk ke dalam botol kaca yang bersih dan bertutup rapat.
  6. Biarkan seketika dan perhatikan warna halia akan berubah menjadi merah jambu atau pink dalam beberapa minit.
  7. Simpan jeruk selama sehari hingga dua hari sebelum dimakan supaya rasanya lebih sebati.

Jeruk halia muda ini boleh terus dimakan begitu sahaja kerana rasanya yang rangup, masam manis dan menyegarkan. Sesuai juga dijadikan stok dalam peti sejuk untuk dinikmati bila-bila masa.

Sumber: Fdlah Ila

Baca juga: Resipi Jeruk Nanas Masam Manis Pedas, Buat Satu Balang Memang Tak Cukup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN