Jeruk nanas ialah nanas yang dipotong kecil dan diawet menggunakan campuran gula, garam, cuka dan beberapa bahan lain. Cili kering juga ditambah untuk rasa pedas manis yang seimbang.

Ia boleh dimakan begitu sahaja sebagai kudapan. Namun, sesuai juga dijadikan menu sampingan bersama dengan lauk-pauk lain, dijamin “naik” selera satu meja.

Jeruk nanas homemade ini sebenarnya sangat mudah nak buat di rumah. Tak perlu bahan pelik pun, cuma perlu gaul dan kisar, hasilnya memang puas hati macam beli di kedai.

Baca juga: Resipi Jeruk Mangga Rangup Kruk Krak Tak Cukup Sebalang, Sekali Buat Confirm Nak Ulang Lagi!

RESIPI JERUK NANAS

jeruk nanas

Bahan-bahan:

  • 1 biji nenas (potong kecil)
  • 1 ketul gula nise (gula melaka)
  • 3 sudu gula pasir
  • 3 sudu cuka makan
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit belacan (ikut citarasa)
  • 5 tangkai cili kering
  • 2 cawan air masak

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan nenas yang telah dipotong kecil ke dalam bekas atau balang bersih.
  2. Dalam blender, masukkan gula nise, gula pasir, cuka makan, garam, belacan, cili kering dan air masak. Blend semua bahan hingga sebati.
  3. Tuangkan bahan yang telah diblend ke dalam balang berisi nenas.
  4. Gaul rata supaya semua nenas bersalut dengan kuah jeruk.
  5. Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya beberapa jam atau semalaman untuk rasa lebih sebati.
  6. Bila nak makan, hidangkan sejuk-sejuk memang lagi sedap dan menyegarkan.

Sumber: Rozita Roslee

Baca juga: Jom Buat Sendiri Jeruk Cili Padi Di Rumah, Ikut Tip Ini Memang Rangup Elok!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending