
Resepi nasi minyak kenduri ini memang sesuai untuk anda yang teringin menikmati hidangan ala majlis tanpa perlu menunggu musim kenduri. Dengan sukatan yang mudah diikuti serta gabungan rempah yang tepat, hasilnya nasi berderai, harum semerbak dan cukup menyelerakan hingga buat seisi keluarga tak berhenti menambah.
Kalau sebelum ini anda takut nasi minyak menjadi lembik atau kurang berperisa, resipi ini boleh dijadikan panduan. Ia sesuai untuk yang baru belajar memasak mahupun mereka yang ingin menyediakan nasi minyak yang sedap untuk makan bersama keluarga pada hujung minggu atau majlis istimewa.
Baca juga: Resepi Acar Rampai Orang Kahwin, Masam Manis & Rangup Macam Katering Buat!
RESEPI NASI MINYAK KENDURI

Bahan-bahan (5 hidangan):
- 500g beras basmathi
- 800ml air
- 150ml susu cair
- 100g minyak sapi (ghee)
- 1 biji bawang besar (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dihiris)
- 2 hingga 3 helai daun pandan
- 1 batang kecil kulit kayu manis
- 2 biji bunga lawang
- 2 hingga 3 biji cengkih
- 2 hingga 3 biji buah pelaga (diketuk sedikit)
- ½ sudu kecil garam
- ½ sudu kecil serbuk pati ayam (pilihan)
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk, kemudian tumiskan bawang besar, bawang putih, daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga sehingga naik bau.
2. Masukkan beras basmati yang telah dibasuh dan ditoskan. Gaul sehingga setiap butir beras disaluti minyak sapi dan rempah.
3. Tuangkan air bersama susu cair ke dalam periuk.
4. Masukkan garam dan serbuk pati ayam jika suka, kemudian kacau perlahan hingga sebati.
5. Masak nasi seperti biasa sehingga air kering dan nasi masak sepenuhnya.
6. Selepas nasi masak, biarkan selama 5 hingga 10 minit sebelum digemburkan menggunakan garfu supaya nasi lebih cantik dan berderai.
Tips Memasak Nasi Minyak Kenduri Yang Menjadi
- Gunakan beras basmati kerana teksturnya lebih panjang, lembut dan mudah berderai selepas dimasak.
- Pastikan sukatan air tepat supaya nasi tidak menjadi lembik atau terlalu keras.
- Tumis rempah sehingga benar-benar naik bau untuk menghasilkan aroma nasi yang lebih harum.
- Jangan terlalu kerap mengacau nasi ketika sedang dimasak kerana ia boleh menyebabkan butiran beras patah.
- Selepas nasi masak, biarkan seketika sebelum digemburkan supaya wap diserap sepenuhnya dan tekstur nasi kekal cantik.
- Hidangkan bersama ayam masak merah, daging masak hitam, dalca atau acar timun untuk menikmati rasa seperti hidangan di majlis kenduri.
Kalau anda sedang mencari resepi nasi minyak kenduri yang mudah diikuti dan hasilnya memang memuaskan, simpan resipi ini sebagai rujukan. Dengan sukatan yang betul dan sedikit perhatian ketika memasak, anda boleh menikmati nasi minyak yang berderai, wangi semerbak dan sedap sehingga buat orang tambah berkali-kali.
Selamat mencuba!
Sumber: Salbiah Ahamad
Baca juga: Resepi Ayam Masak Merah Macam Kenduri Kahwin, Nak Dapat Kuah Pekat Elok Ini Rahsianya…
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














