
Siapa saja yang tak suka lauk ayam masak merah bukan? Lebih-lebih lagi jika dapat buat resepi Ayam Merah Kenduri, lauk ini punyalah sedap sampai esok pun teringat.
Ayam Merah Kenduri agak berbeza dengan masakan biasa kerana warnanya yang merah menyala, kuah pekat berempah, isi ayam lembut dan rasanya lebih padu serta luar biasa.
Biasanya, kita hanya makan lauk ini di kenduri saja. Tapi, anda boleh masak sendiri di rumah dengan resepi Ayam Merah Kenduri oleh Anna Azilla di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Rahsia Ayam Masak Merah Madu Cantik Berkilat, Jangan Skip Langkah ‘Ini’ Semasa Masak!
RESEPI AYAM MERAH KENDURI

Bahan-bahan:
- 16 ketul ayam
- Cili kisar (ikut tahap kepedasan yang dimahukan)
- Sos cili
- Sos tomato (boleh ganti dengan tomato puree)
Bahan kisar:
- 2 biji bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 1½ inci halia
Bahan tumis:
- Rempah kasar 4 sekawan
- 2 helai daun pandan
- 2 batang serai (diketuk)
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak terlebih dahulu, kemudian angkat dan toskan.
2. Kemudian, guna sedikit minyak goreng ayam tadi dan masukkan bahan tumis, bahan kisar serta cili kisar.
3. Selepas itu, tumis dan kacau sampai sebati serta pecah minyak.
4. Seterusnya, masukkan sos cili dan tomato puree, kemudian kacau lagi sampai sebati.
5. Setelah itu, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan kacau lagi.
6. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula. Kemudian, hias dengan bawang besar yang sudah dipotong bulat. Siap untuk dihidang!

Selepas ini, tak perlulah tunggu kenduri baru nak makan lauk yang sedap. Buat sendiri resepi Ayam Merah Kenduri ini di rumah, lebih mudah dan puas hati.
Selamat mencuba!
Sumber: Anna Azilla
Baca juga: Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin, Guna Minyak ‘Ini’ Baru Ada Aroma Pengantin!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














