
Nak makan tempe tapi versi lebih sihat tanpa minyak? Resipi masak tempe tanpa minyak ini memang sesuai untuk anda yang nak kurangkan penggunaan minyak dalam masakan harian tapi masih nak rasa tempe yang sedap, lembut dan berperisa.
Dengan teknik air fryer dan satu langkah penting iaitu steam dahulu, tempe jadi lebih “juicy” di dalam dan rangup di luar. Perapan juga lebih meresap sampai ke dalam, buatkan setiap gigitan lebih sedap tanpa perlu digoreng dalam minyak.
Baca juga: Roti Telur Tanpa Minyak, Resipi Jimat & Mudah Buat Anak Kenyang Sampai Tengah Hari
CARA MASAK TEMPE TANPA MINYAK

Bahan-Bahan:
- 1–2 papan tempe (potong ikut saiz pilihan)
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis atau kicap masin
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil paprika
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk atau dikisar)
- ½ sudu kecil lada hitam
Cara-Cara Penyediaan:
1. Steam Tempe (10 minit)
Kukus tempe pada suhu tinggi selama 10 minit. Langkah ini penting untuk hilangkan rasa mentah dan bantu tempe lebih mudah serap perapan.
2. Perap Tempe (sekurang-kurangnya 1 jam)
Gaulkan tempe bersama semua bahan perapan sehingga rata. Biarkan sekurang-kurangnya 1 jam supaya perisa lebih meresap. Lagi lama perap, lagi sedap hasilnya.
3. Masak Guna Air Fryer (tanpa minyak)
Panaskan air fryer pada 200°C. Masak tempe selama 10 minit, kemudian balikkan dan sambung lagi 10 minit sehingga permukaan sedikit keemasan dan rangup.
Tips Masak Tempe Tanpa Minyak Lebih Sedap
- Perap semalaman untuk rasa lebih padu dan mendalam
- Potong tempe sederhana nipis supaya cepat masak dan rangup
- Tambah sedikit madu jika suka rasa manis berkaramel
- Jangan skip proses steam kerana ini kunci hilangkan rasa mentah
- Spray sedikit air jika mahu tekstur lebih juicy dalam
Dengan cara ini, masak tempe tanpa minyak bukan sahaja lebih sihat, tetapi juga lebih sedap dan mudah dibuat di rumah. Sesuai untuk menu harian, diet sihat atau lauk cepat tanpa renyah.
Selamat mencuba!
Sumber: aensyuhada
Baca juga: Resepi Lempeng Lembut Tanpa Minyak, Gebunya Bukan Biasa-Biasa!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














