paung goreng

Paung goreng merupakan salah satu kuih tradisional Terengganu yang makin jarang ditemui tetapi masih jadi kegemaran ramai. Kuih ini juga dikenali sebagai ‘woh bom’ di sesetengah tempat, terkenal dengan tekstur luar yang rangup berkerut sedikit, tetapi lembut dan gebu di bahagian dalam.

Apa yang buat paung goreng ini istimewa ialah inti ikan yang lembap, berempah dan penuh rasa di dalamnya. Bila digigit panas-panas, memang padu kombinasi rangup luar dan inti savoury di dalam.

Kalau dulu kuih ini hanya boleh jumpa di pasar tradisional atau kenduri, sekarang kita boleh cuba buat sendiri di rumah. Resipi ini dikongsi lengkap supaya hasilnya menjadi elok, tak meletup masa goreng dan rasa pun sama macam versi asli Terengganu.

Baca juga: Resipi Kuih Ketayap Gebu & Wangi Pandan, Guna Sukatan Cawan Saja Senang Nak Ikut!

RESIPI PAUNG GORENG INTI IKAN TERENGGANU

paung goreng

Bahan doh:

  • 1 bungkus tepung pulut (500g)
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan kelapa parut (ambil bahagian putih sahaja)
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • Air panas secukupnya

Cara-cara membuat doh:

  1. Kisar kelapa parut bersama 2 cawan air panas, gula dan garam hingga sebati.
  2. Dalam bekas besar, satukan semua jenis tepung dan gaul rata.
  3. Tuangkan campuran kelapa kisar ke dalam tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga menjadi doh. Jika perlu, tambah air panas sedikit demi sedikit sampai doh boleh dibulatkan. Pastikan tak terlalu lembik atau terlalu keras.
  4. Perap doh dalam bekas bertutup selama semalaman atau lebih kurang 12 jam. Ini langkah penting supaya paung goreng tidak meletup ketika digoreng.
  5. Ambil doh kira-kira 25g setiap satu, leperkan dan letak inti ikan di tengah. Bulatkan semula dengan kemas. Ulang hingga habis.
  6. Panaskan minyak yang banyak. Goreng secara deep fry dengan api sederhana kecil. Balik-balikkan supaya warna sekata dan hasilnya keemasan cantik.

Bahan inti:

  • 1 kg isi ikan rebus
  • 350g bawang merah
  • 40g halia
  • 8g halba
  • 500g santan
  • 1 batang serai (diketuk)
  • Garam secukupnya
  • Gula secukup rasa

Cara masak inti ikan:

  1. Kisar bawang merah dan halia tanpa air.
  2. Kisar isi ikan rebus menggunakan food processor tanpa air.
  3. Panaskan santan dalam kuali. Masukkan serai, bawang dan halia yang telah dikisar.
  4. Kacau hingga naik bau, kemudian masukkan ikan dan halba.
  5. Masak hingga hampir kering.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Gaul rata dan sejukkan sebelum digunakan sebagai inti.

Sumber: Noorma Musa

Baca juga: Resipi Roti Boy Segebu Kapas, Letak ‘Bahan Ini’ Untuk Hasil Lembut Berhari-Hari

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN