
Resipi kuih ketayap sukatan cawan ini memang antara kuih tradisional yang tak pernah lapuk ditelan zaman. Kulitnya yang lembut, wangi pandan dan inti kelapa manis membuatkan kuih ini sentiasa jadi pilihan ramai untuk minum petang atau hidangan di sebarang majlis.
Menariknya, resipi ini menggunakan sukatan cawan yang lebih mudah diikuti walaupun untuk beginner. Tak perlu risau kalau tak ada sukatan gram, asalkan ikut langkah dengan betul, hasilnya tetap menjadi dan cantik bergulung.
Kalau dulu kuih ketayap biasanya dibuat secara “agak-agak”, sekarang lebih mudah bila dah ada versi sukatan cawan yang lebih konsisten. Lagi menarik, bahan pun ringkas dan senang didapati di dapur rumah.
Baca juga: Resipi Kuih Batang Buruk Homemade Yang Rangup, Salut Tebal Inti Kacang Memang Puas Hati
RESIPI KUIH KETAYAP SUKATAN CAWAN

Bahan kulit ketayap:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur
- Jus pandan dari 5 helai daun pandan
- 2 cawan air
- Garam secukup rasa
- 3 sudu makan minyak masak
- Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)
Bahan inti kelapa:
- 1/2 biji kelapa parut (ambil bahagian putih sahaja)
- 3/4 cawan gula merah (boleh kurangkan jika tidak suka terlalu manis)
- Secubit garam
- 2 helai daun pandan (disimpulkan)
- 1/2 cawan air
- 2 sudu makan tepung gandum
- Cara Penyediaan
Cara buat inti kelapa:
- Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Kacau sehingga gula larut sepenuhnya dan naik aroma wangi pandan.
- Kemudian masukkan kelapa parut dan kacau sekali-sekala sehingga airnya sedikit kering dan sebati dengan kelapa.
- Apabila inti nampak lembap tetapi tidak berair, taburkan tepung gandum dan kacau rata. Tepung ini berfungsi untuk memekatkan inti supaya tidak mudah berderai.
- Tutup api dan sejukkan inti terlebih dahulu sebelum digunakan.
Cara buat adunan kulit ketayap:
- Masukkan semua bahan kulit ke dalam blender iaitu tepung gandum, telur, jus pandan, air, garam, minyak masak dan pewarna hijau jika digunakan.
- Kisar sehingga adunan menjadi halus dan sebati tanpa ketulan.
- Rehatkan adunan sekejap jika ada masa supaya tekstur kulit lebih cantik bila dimasak nanti.
Sumber: Suhana Md Isa
Baca juga: Resipi Kuih Sopang Negeri Sembilan, Ini Teknik Kukus Supaya Cantik & Tak Pecah
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














