cara buat sup daging

Cara buat sup daging sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Jika sebelum ini anda biasa merebus daging di atas dapur gas, apa kata cuba pula menggunakan rice cooker. Kaedah ini semakin popular kerana lebih mudah, tidak perlu kerap memantau periuk dan membantu daging menjadi lebih lembut.

Ramai yang berkongsi bahawa kaedah ini berjaya menghasilkan daging yang lembut dan mudah dikunyah. Malah, tulang dan lemak yang direbus bersama juga menjadi lebih empuk selepas dimasak dalam tempoh yang singkat.

Jika anda sedang mencari cara memasak sup daging yang ringkas tetapi tetap sedap, resipi perkongsian oleh Puan Niesa Adlyna ini memang patut dicuba. Hanya rebus daging menggunakan rice cooker, kemudian masukkan tumisan rempah untuk menghasilkan kuah yang penuh rasa dan aroma.

Baca juga: Cara Pilih Bahagian Daging Ikut Jenis Masakan, Patutlah Masak Lama Pun Kadang Masih Liat!

CARA BUAT SUP DAGING GUNA RICE COOKER

cara buat sup daging

Bahan-bahan:

  • Daging
  • Tulang
  • Lemak daging
  • Air
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Rempah sup
  • Sup bunjut
  • Garam
  • Perasa
  • Bawang goreng
  • Daun sup

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan daging, tulang dan lemak ke dalam periuk nasi elektrik.
  2. Tuangkan air sehingga penuh. Sapukan sedikit minyak pada bahagian atas permukaan dalam periuk nasi bagi membantu mengelakkan air rebusan melimpah keluar.
  3. Hidupkan rice cooker dan biarkan daging direbus sehingga lembut. Kebiasaannya mengambil masa sekitar satu hingga satu setengah jam bergantung kepada jenis dan kuantiti daging yang digunakan.
  4. Jika perlu, tambahkan sedikit air selepas kira-kira sejam merebus.
  5. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia sehingga halus.
  6. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  7. Masukkan rempah sup dan sup bunjut. Kacau sehingga rempah masak.
  8. Tuangkan tumisan ke dalam periuk rebusan daging yang sedang menggelegak.
  9. Perasakan dengan garam dan perasa mengikut cita rasa.
  10. Biarkan sup mendidih beberapa minit supaya semua rasa sebati.
  11. Akhir sekali, taburkan bawang goreng dan daun sup sebelum dihidangkan.

Sup daging ini sesuai dinikmati ketika panas bersama nasi putih atau dimakan begitu sahaja. Cara menggunakan rice cooker bukan sahaja memudahkan kerja di dapur, malah membantu menghasilkan daging yang lembut tanpa perlu risau air rebusan cepat kering.

Sumber: Niesa Adlyna

Baca juga: Resepi Daging Perap Dengan Sos Pencicah Thai ‘Aroi Mak’, Dijamin Lembut & Juicy Bila Grill!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN