bahagian daging lembu

Kalau sebut tentang bahagian daging lembu, ramai sebenarnya masih keliru bila nak pilih di pasar atau supermarket. Nampak semua sama saja, tapi hakikatnya setiap potongan daging ada tekstur, rasa dan kegunaan yang berbeza ikut jenis masakan.

Ada bahagian yang sesuai untuk sup kerana lebih berlemak dan beraroma, ada juga yang lebih lembut untuk steak dan ada yang perlu dimasak lama supaya jadi empuk. Kalau tersalah pilih, hasil masakan boleh jadi liat atau kurang sedap walaupun resepi dah betul.

Sebab itu penting untuk kenal setiap bahagian daging lembu sebelum mula memasak. Bila dah tahu fungsi setiap potongan, lebih mudah untuk tentukan sama ada nak masak sup, kari, grill atau rendang.

Baca juga: Ramai Tak Sangka! Rupanya Ini 10 Kesilapan Simpan Daging Korban Yang Buat Daging Cepat Rosak

JENIS BAHAGIAN DAGING LEMBU & CARA PILIH IKUT JENIS MASAKAN

1. Tulang rusuk (Ribs)

bahagian daging lembu

Bahagian ini datang daripada kawasan rusuk lembu. Antara yang paling terkenal ialah rib eye steak, yang memang selalu jadi pilihan ramai peminat steak kerana rasanya yang lebih “berlemak” dan beraroma.

Daging di kawasan tulang biasanya lebih juicy dan ada rasa manis semula jadi. Sebab itu, bahagian ini juga sangat sesuai untuk masakan berkuah seperti sup tulang atau sup daging.

2. Daging bahu (Chuck)

Chuck ialah bahagian bahu lembu. Teksturnya agak lembut, tetapi tidak setanding bahagian premium seperti rib, sirloin atau loin.

Bahagian ini paling sesuai dimasak lama seperti stew, kari atau gulai supaya daging jadi lebih empuk dan sebati dengan kuah. Selain itu, ia juga boleh dibakar dalam ketuhar atau dipanggang atas api.

3. Daging batang pinang (Short loin / Tenderloin)

bahagian daging lembu

Bahagian ini berada di tengah belakang lembu dan terkenal sebagai salah satu potongan paling lembut iaitu tenderloin atau daging batang pinang.

Ia jadi pilihan ramai sebab teksturnya sangat lembut, kurang lemak dan mudah dimasak dalam pelbagai cara. Antara stik popular dari bahagian ini ialah filet mignon dan chateaubriand.

4. Daging harimau menangis (Sirloin)

Sirloin terletak berhampiran dengan batang pinang, di bahagian pinggang lembu. Ia juga antara bahagian yang lembut dan sangat digemari.

Di Malaysia, sirloin lebih dikenali sebagai “harimau menangis” dan sering dijadikan daging bakar serta dimakan dengan air asam. Memang antara menu kegemaran ramai.

5. Daging lambung (Flank)

bahagian daging lembu

Bahagian ini terletak di bawah pinggang dan berhampiran perut lembu. Oleh sebab banyak digunakan untuk pergerakan, otot di kawasan ini lebih pejal.

Flank biasanya kurang lemak tetapi masih sedap jika dimasak dengan teknik yang betul seperti diperap dan dipanggang atau dimasak perlahan.

6. Dada (Brisket)

Brisket ialah daging dari bahagian dada lembu. Kawasan ini menyokong banyak berat badan lembu, jadi teksturnya agak keras dan berurat.

Sebab itu brisket lebih sesuai dimasak lama seperti direbus, dimasak sup atau smoked supaya daging jadi lembut dan mudah dimakan.

7. Daging punggung (Round)

bahagian daging lembu

Bahagian paha atau punggung lembu ini agak liat kerana sering digunakan untuk bergerak. Ia juga kurang lemak dan mempunyai banyak urat.

Antara kegunaannya ialah untuk steak seperti top round, bottom round, rump roast, London broil dan eye of round.

8. Plate

Plate terletak di bahagian bawah perut lembu. Bahagian ini biasanya agak berlemak tetapi teksturnya sedikit liat.

Ia lebih sesuai untuk masakan berkuah atau dimasak lama seperti stew dan rendang supaya rasa lebih sedap dan daging lebih lembut.

9. Betis (Shank)

Shank ialah bahagian kaki lembu. Ia mempunyai banyak otot dan urat, jadi teksturnya agak keras.

Namun, bila dimasak lama seperti sup atau rebus, bahagian ini akan jadi sangat sedap dan berperisa.

Bahagian Yang Paling Sedap & Sihat

bahagian daging lembu

Sebenarnya, “paling sedap” bergantung pada selera masing-masing. Namun secara umum, batang pinang dan harimau menangis memang antara yang paling popular kerana teksturnya lembut.

Tulang rusuk pula sering jadi pilihan untuk sup dan steak kerana rasa lemaknya yang lebih kaya. Dari segi kandungan lemak, bahagian seperti ekor dan tulang rusuk mempunyai lemak yang lebih tinggi, sebab itu rasanya lebih “rich” dan sedap untuk sup.

Manakala dari segi protein, bahagian betis antara yang tinggi kandungan proteinnya dan sesuai untuk mereka yang mahu rasa lebih kenyang lebih lama.

Apa pun pilihan anda, yang penting adalah cara masak yang betul supaya daging jadi sedap dan tidak liat.

Sumber: Sirap Limau

Baca juga: Resipi Rendang Hijau Yang Menjadi Kegemaran Keluarga, Boleh Guna Ayam, Itik Atau Daging!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN