resepi cili jeruk rangup

Resepi cili jeruk rangup ini memang antara stok wajib ada di dapur sebab senang sangat nak buat dan tahan lama walaupun tak disimpan dalam peti ais. Ramai yang suka cili jeruk sebab rasa pedas, masam dan rangup memang buat makan jadi lebih berselera.

Menariknya, resipi ini anti kulat yang boleh tahan sampai berminggu-minggu, malah simpan atas meja pun masih elok. Kunci utama dia cuma pada cara bersihkan dan keringkan cili dengan betul.

Kalau kena cara penyediaan yang betul, hasilnya memang rangup, tak berkulat dan sesuai dijadikan stok makan dengan nasi goreng, mi goreng atau lauk harian.

Baca juga: Resipi Jeruk Mangga Rangup Kruk Krak Tak Cukup Sebalang, Sekali Buat Confirm Nak Ulang Lagi!

RESEPI CILI JERUK RANGUP & ANTI KULAT

resepi cili jeruk rangup

Bahan-bahan:

  • Cili padi/cili hijau merah (ikut suka)
  • Cuka masakan (cukup untuk tenggelamkan cili)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Gula (1 sudu kecil)
  • Air bersih untuk basuh cili

Cara-cara penyediaan:

  1. Cuci bersih cili dan toskan airnya hingga betul-betul kering. Pastikan cili benar-benar kering supaya tak cepat berkulat.
  2. Masukkan cili ke dalam bekas bersih dan kering.
  3. Tuangkan cuka sehingga paras cili atau sampai semua cili tenggelam.
  4. Masukkan garam dan gula, kemudian kacau perlahan supaya sekata.
  5. Tutup bekas rapat dan biarkan pada suhu bilik.
  6. Selepas beberapa hari, cili jeruk akan mula masak dan lebih sedap dimakan. Lagi lama simpan, lagi sedap rasanya.

Tips tambahan supaya cili jeruk lebih tahan lama:

  • Pastikan bekas yang digunakan betul-betul kering dan bersih
  • Jangan guna sudu basah bila ambil cili jeruk
  • Simpan di tempat sejuk dan tidak terkena cahaya matahari terus
  • Cili yang betul-betul kering sebelum direndam adalah kunci utama elak kulat

Cili jeruk ini memang sesuai dijadikan stok dapur sebab bila tiba-tiba nak makan, terus boleh capai saja. Pedas, masam dan rangup dia memang naikkan selera walaupun makan dengan nasi kosong pun dah cukup sedap.

Sumber: Zra Rasya

Baca juga: Tips Buat Jeruk Pelam Tanpa Guna Cuka, Ikut Cara Mudah Ini Guna 4 Bahan Saja!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN