jeruk pelam

Rupanya ada cara buat jeruk pelam tanpa guna cuka, hanya guna empat bahan saja! Hasilnya pula memang rangup, cukup rasa masam manis dan tahan lama bila disimpan dalam peti sejuk.

Jeruk ini memang sedap dimakan waktu santai sambil tengok TV atau dijadikan pencuci mulut lepas makan nasi. Kalau nak cuba, boleh tengok resipi penuh yang dikongsikan oleh Puan Eija Hafizza di bawah.

Baca juga: Resipi Jeruk Nanas Cara Orang Pantai Timur, Makan Sejuk-Sejuk Boleh Buat Ketagih!

CARA BUAT JERUK PELAM TANPA CUKA

Bahan-bahan:

  • 10 biji buah muda (pelam/pauh/mangga)
  • 2 sudu garam
  • 3 sudu gula
  • Air aiskrim soda bergas

Cara-cara:

  1. Hiris buah mangga sederhana nipis (guna apa saja jenis mangga muda pun boleh).
  2. Basuh buah yang telah dihiris untuk buang getahnya, kemudian toskan air.
  3. Taburkan garam dan gaul sebati. Biarkan selama 10 minit (jangan terlalu banyak garam supaya tak masin).
  4. Selepas 10 minit, buang lebihan air dari buah.
  5. Taburkan gula dan gaul sebati. Biarkan lagi selama 10 minit.
  6. Masukkan buah ke dalam balang, kemudian tuangkan air aiskrim soda yang baru dibuka (gas mesti segar).
  7. Tuang air hingga menutupi buah pelam. Tutup balang rapat-rapat dan simpan dalam peti sejuk.
  8. Selepas 24 jam, dah boleh rasa. Kalau tak cukup masin atau manis, boleh tambah garam dan gula ikut cita rasa.
  9. Lepas 48 jam, jeruk pelam dah sedia untuk dimakan. Masih rangup dan menyegarkan!
  10. Simpan dalam peti sejuk, jeruk ini boleh tahan hingga 3 minggu dan masih kekal rangup.

Sumber: Eija Hafizza

Baca juga: Resipi Jeruk Buah Sentul Yang Masam, Manis & Pedas, Memang Bikin Ketagih!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN