
Setiap kali musim Hari Raya Korban, peti sejuk di rumah pasti penuh dengan stok daging korban daripada kariah masjid dan jiran tetangga. Namun, masih ramai yang kurang pasti tentang cara simpan daging korban yang betul supaya kekal segar dan tahan lama.
Jika disimpan dengan cara yang salah, daging boleh cepat rosak, berbau hamis atau mengalami ‘freezer burn’ hingga menjadi kering dan keras. Rugi jika stok daging yang banyak tidak dapat digunakan dengan baik hanya kerana penyimpanan yang tidak sesuai.
Oleh itu, penting untuk mengetahui teknik penyimpanan daging yang betul sebaik sahaja selepas penyembelihan. Jom semak 10 kesilapan biasa dan cara terbaik menyimpan daging korban mengikut saranan pakar.
Baca juga: Tak Perlu Sental Sampai Lenguh! Ini Cara Mudah Cuci Perut Lembu Jadi Putih Melepak Guna ‘1 Bahan’
CARA SIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL, JANGAN BUAT 10 KESALAHAN INI

1. Jangan Simpan Daging Panas-Panas
Daging yang baru disembelih biasanya masih ‘hangat’. Jangan terus masukkan ke dalam peti sejuk. Wap air akan terkumpul, menyebabkan daging mudah rosak dan berbau busuk. Biarkan suhu daging turun sedikit pada suhu bilik.
2. Cuci Daging Sebelum Simpan
Kalau dah cuci daging, jangan simpan terlalu lama. Kalau boleh terus dimasak, sebab daging basah mudah busuk mudah rosak kerana air yang tinggal boleh mempercepat pertumbuhan bakteria dan buat tekstur daging jadi kurang elok.
3. Bahagikan Ikut Saiz Masakan
Jangan simpan satu ketul besar! Potong daging mengikut kuantiti sekali masak (contohnya 500g satu paket). Ini memudahkan anda mencairkan (thawing) bahagian yang perlu sahaja tanpa menjejaskan kualiti keseluruhan stok.
4. Gunakan Plastik Yang Sesuai
Elakkan guna plastik beg pasar berwarna atau plastik sampah! Gunakan plastik PE/PP atau ziplock lutsinar yang memang dikhaskan untuk makanan bagi mengelakkan sisa kimia meresap ke dalam daging.
5. Keluarkan Udara Dalam Plastik
Sebelum tutup rapat, pastikan anda buang sebanyak mungkin udara dalam plastik. Udara yang terperangkap boleh menyebabkan ‘freezer burn’ yang membuatkan tekstur daging jadi kering selepas dimasak.
6. Jangan Simpan Terlalu Padat
Peti sejuk yang terlalu penuh akan menghalang peredaran udara. Suhu jadi tak sekata, menyebabkan daging lambat beku dan cepat rosak. Susun dengan ruang yang cukup.
7. Wajib Label Tarikh Simpanan
Daging lembu/kambing mentah boleh tahan 6 hingga 12 bulan kalau disimpan dengan betul. Jadi, tulis tarikh pada plastik supaya anda tahu mana yang perlu dimasak dahulu (sistem FIFO – First In, First Out).
8. Elakkan Bersentuh Dengan Bahan Lain
Jangan campurkan daging dengan ikan, ayam atau sayur dalam satu bekas tanpa berbalut. Ini bagi mengelakkan ‘cross-contamination’ atau pencemaran silang bakteria antara bahan mentah.
9. Wajib Simpan Di Bahagian ‘Freezer’
Jangan sekadar simpan di bahagian bawah peti sejuk (chiller). Daging mentah perlukan suhu sejuk beku yang stabil untuk mematikan aktiviti bakteria.
10. Elakkan Proses Beku-Cair Berulang Kali
Ini yang ramai buat! Dah keluarkan sepeket besar, cairkan, ambil sikit, kemudian baki itu dimasukkan semula ke dalam freezer. Proses ini merosakkan tekstur daging dan risiko pembiakan bakteria menjadi sangat tinggi. Sebab itu penting untuk simpan daging dalam bahagian kecil dari awal lagi.
Sumber: Public Health Malaysia
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














