
Siapa kat sini peminat tegar sup perut atau kerabu perut? Memang sedap kan! Tapi, bab yang paling ramai orang malas nak buat adalah bila tiba masa nak mencuci kotorannya. Kalau tersalah cara cuci perut lembu, jenuh kita nak menyental bahagian yang hitam dan berbau tu sampai lenguh tangan dibuatnya.
Sebenarnya, ada rahsia ‘shortcut’ yang selalu diamalkan oleh orang lama untuk dapatkan tekstur perut yang putih melepak. Tak perlu guna bahan kimia pun, cukup sekadar guna satu bahan dapur yang ringkas untuk tanggalkan segala kotoran degil. Teknik ini bukan saja jimat masa, malah buatkan hasil masakan kita nanti nampak lebih bersih dan menyelerakan.
Bagi anda yang selama ini tercari-cari solusi paling mudah, petua yang dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial ini memang sangat membantu. Bayangkan, proses yang biasanya ambil masa berjam-jam boleh selesai sekejap saja! Jom kita tengok langkah-langkahnya di bawah.
Baca juga: Cara Viral Rebus Daging Guna Periuk Nasi, Memang Empuk Walaupun Tanpa Pressure Cooker
CARA CUCI PERUT LEMBU DENGAN MUDAH

Bahan-bahan:
- Kapur makan
Cara-cara:
- Mula-mula, potong perut lembu kepada bahagian yang lebih kecil supaya mudah dikendalikan. Bilas dengan air mengalir untuk membuang sisa kotoran yang kasar.
- Ambil kapur makan dan lumurkan secara merata pada keseluruhan bahagian perut, terutamanya pada bahagian yang hitam atau kelabu. Pastikan semua celah-celah perut terkena kapur tersebut.
- Ramas-ramas perut yang telah dilumur kapur tadi. Anda akan perasan kotoran mula melonggar. Biarkan seketika (sekitar 5-10 minit) untuk membiarkan kapur bertindak balas.
- Selepas diperap, gunakan belakang pisau atau sudu untuk mengikis lapisan hitam tersebut. Anda akan dapati lapisan hitam itu akan tertanggal dengan sangat mudah tanpa perlu tenaga yang banyak!
- Akhir sekali, basuh perut lembu tadi dengan air bersih berkali-kali sehingga kesan kapur dan kotoran hilang sepenuhnya.
- Perut lembu kini sedia untuk direbus dan dimasak mengikut selera anda.
Kenapa Guna Kapur?
Kapur makan bertindak sebagai agen pembersih semula jadi yang membantu melonggarkan lapisan kotoran degil pada perut lembu. Selain memutihkan, ia juga sedikit sebanyak membantu mengurangkan bau hamis pada perut.
Tip Tambahan: Selepas dicuci bersih, anda boleh rebus perut bersama sedikit halia dan serai untuk menghilangkan bau dengan lebih berkesan sebelum dimasak dalam hidangan utama.
Sumber: Facebook
Baca juga: Cara Simpan Daging Korban Yang Betul, Pastikan Buat ‘Ini’ Dulu Sebelum Masuk Peti Ais!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














