pajeri nenas simple

Resipi pajeri nenas simple ini memang antara lauk tradisional Melayu yang masih ramai suka sampai sekarang. Rasa manis, lemak dan sedikit pedas memang buat lauk ini sedap dimakan dengan nasi panas. Lagi sedap kalau makan dengan lauk lain seperti ayam goreng atau ikan masin.

Kalau sebut pajeri nanas, ramai terbayang lauk kenduri yang kuahnya pekat, wangi dan penuh dengan rasa rempah. Walaupun nampak macam susah, sebenarnya pajeri ini boleh dibuat dengan cara yang sangat mudah di rumah.

Resipi ini diolah daripada gaya masakan Kelantan yang terkenal dengan kuah pekat dan rasa seimbang. Jom cuba masak resipi yang dikongsikan oleh Puan Afy Al Habibi di bawah, confirm jadi walaupun pertama kali buat.

Baca juga: Resipi Kerabu Pelam Telur Yang Buat Kecur Air Liur, Masam Pedas Rangup Padu!

RESEPI PAJERI NENAS SIMPLE

pajeri nenas simple

Bahan kisar & hiris:

  • 1 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar udang kering (kisar kering)

Bahan tumis:

  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih)
  • 2 cubit halba campur (pilihan)
  • 1 senduk minyak masak

Bahan utama:

  • 3 sudu besar penuh rempah kari Kelantan
  • 1 biji nanas (dikupas dan dipotong kepingan)
  • 1 senduk kecil santan (boleh tambah jika nak kuah lebih)
  • 1 sudu besar kerisik

Bahan perasa:

  • 1/2 keping kecil nisse Kelantan
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1/3 sudu kecil garam
  • Secubit dua perisa (boleh adjust ikut cita rasa masing-masing)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan 1 senduk minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis (4 sekawan & halba campur) bersama bahan kisar bawang, halia dan udang kering. Tumis sampai naik bau wangi.
  2. Masukkan 3 sudu besar rempah kari Kelantan. Kacau perlahan dengan api kecil sampai rempah betul-betul pecah minyak dan naik aroma.
  3. Tuangkan 1 cawan air dan kacau rata.
  4. Masukkan perasa: nisse Kelantan, gula, garam dan perisa. Gaul sebati dan biarkan kuah mendidih seketika.
  5. Tutup periuk 2–3 minit supaya rempah lebih “mesra” dan kuah nampak cantik berkilat.
  6. Masukkan kepingan nanas yang telah siap dipotong. Gaul perlahan supaya nanas tak hancur.
  7. Tambahkan santan dan kerisik. Kacau rata dan biarkan ia mereneh.
  8. Tutup periuk dan masak dengan api perlahan lebih kurang 10–15 minit. Sesekali balikkan nanas supaya masak sekata. Tak perlu tambah air banyak sebab nanas akan keluarkan jus sendiri.
  9. Bila kuah dah pekat dan nanas lembut, tutup api. Siap!

Sumber: Afy Al Habibi

Baca juga: Resipi Gulai Lemak Ketam Versi Kelantan, Kuah Tak Pedas Memang Sesuai Untuk Semua Level

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN