indian rasmalai

‘Indian Rasmalai’ adalah pencuci mulut berasaskan susu yang lembut, manis berkrim dan cair di mulut. Tekstur bebola paneer yang gebu dan kuah susu pekat berempah lembut memang sedap, lebih lagi bila dimakan sejuk-sejuk waktu cuaca panas memang terasa nikmatnya!

Sebenarnya ramai ingat rasmalai ini susah nak buat. Tapi hakikatnya, kalau ikut langkah yang betul, memang mudah je nak hasilkan rasmalai homemade yang lembut dan menjadi. Tak perlu bahan pelik pun, kebanyakannya mudah dicari di mana-mana pasar raya.

Baca juga: Resipi Kuih Kesari, Manisan India Lembut & Lemak Manis Ini Memang Wajib Cuba!

RESIPI INDIAN RASMALAI

indian rasmalai

Bahan untuk bebola paneer:

  • 1 liter susu penuh krim
  • 2 sudu besar jus lemon atau cuka

Bahan untuk air gula:

  • 1 cawan gula
  • 4 cawan air

Bahan untuk kuah susu (rabri):

  • 500 ml susu penuh krim
  • 4 sudu besar gula
  • 3 biji buah pelaga (ditumbuk)
  • Sedikit saffron (optional)
  • Hirisan badam atau pistachio

Cara buat bebola paneer:

  1. Panaskan susu hingga hampir mendidih.
  2. Masukkan jus lemon sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan sehingga susu berketul.
  3. Tapis menggunakan kain bersih dan bilas dengan air supaya hilang rasa masam.
  4. Perah sehingga lebihan air keluar.
  5. Uli paneer hingga teksturnya lembut dan tidak berbiji.
  6. Bentukkan doh menjadi bebola kecil.

Tip: Jangan campur tepung jagung supaya tekstur rasmalai kekal lembut semula jadi.

Cara rebus dalam air gula:

  1. Didihkan air bersama gula hingga gula larut sepenuhnya.
  2. Masukkan bebola paneer perlahan-lahan.
  3. Rebus dengan api sederhana selama 10 hingga 15 minit.
  4. Bebola akan mengembang dan menjadi lembut.
  5. Angkat dan toskan sedikit air gula. Jangan perah terlalu kuat.

Cara sediakan kuah susu (rabri):

  1. Panaskan susu menggunakan api sederhana.
  2. Masak sambil dikacau sehingga susu sedikit pekat dan berkrim.
  3. Masukkan gula, buah pelaga dan saffron.
  4. Kacau hingga gula larut dan kuah menjadi harum.
  5. Tambahkan hirisan pistachio atau badam.
  6. Tutup api dan biarkan suam sedikit.

Cara hidang:

  1. Masukkan bebola paneer ke dalam kuah susu.
  2. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 2 jam supaya rasa lebih sebati.
  3. Tabur kacang sebagai hiasan sebelum dihidangkan.

Tip sedap:

  • Lagi lama direndam, lagi sedap rasa kuah meresap.
  • Gunakan susu penuh krim untuk hasil lebih berlemak dan creamy.
  • Jangan masak bebola dengan api terlalu besar supaya tekstur kekal lembut.
  • Sedap dimakan sejuk terutama waktu cuaca panas.

Sumber: Azlina Sulong

Baca juga: Resipi Gulab Jamun, Manisan India Ini Sangat Lembut & Cair Dalam Mulut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN