tomyam ikan

Tomyam ikan siakap memang antara hidangan yang boleh buat selera terus terbuka, lebih-lebih lagi bila dimakan panas-panas waktu hujan atau waktu makan malam bersama keluarga. Rasa masam, pedas dan aroma herba memang cukup nikmat sungguh.

Kalau asyik makan tomyam ayam atau seafood biasa, apa kata kali ini kita ubah selera sikit dengan guna ikan siakap pula. Daging ikan siakap yang lembut memang sesuai sangat dengan kuah tomyam yang pekat dan berempah.

Resipi ini juga sangat mudah dan tak perlukan bahan yang rumit. Kalau ikut step yang betul, confirm rasa dia macam makan dekat kedai Thai! Jom baca resipi penuh perkongsian oleh Puan Nor Hafizah Ismail di bawah.

Baca juga: Cara Buat Telur Dadar ‘Extra Crispy’, Nampak Simple Tapi Ramai Tertinggal Buat Teknik Ini

RESIPI TOMYAM IKAN SIAKAP

tomyam ikan

Bahan-bahan:

  • Ikan siakap (dipotong)
  • Air
  • Akar ketumbar
  • Serai (dititik)
  • Lengkuas (dititik)
  • Bawang putih
  • Bawang holland
  • Pes tomyam
  • Daun limau purut
  • Cili padi
  • Sos sotong
  • Sayur pilihan (contoh: sawi, tomato, cendawan dan lain-lain)
  • Susu cair
  • Limau nipis
  • Daun ketumbar
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  1. Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan akar ketumbar, serai, lengkuas, bawang putih dan bawang holland. Biarkan mendidih seketika supaya aroma keluar.
  2. Masukkan pes tomyam, daun limau purut dan cili padi. Kacau hingga kuah mula naik bau wangi dan mendidih.
  3. Masukkan ikan siakap dan kecilkan api supaya ikan masak perlahan dan tidak hancur.
  4. Tambahkan sos sotong dan perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.
  5. Masukkan sayur-sayuran pilihan dan biarkan ia layu dalam kuah.
  6. Tuangkan sedikit susu cair untuk memberi rasa kuah yang lebih lemak dan berkrim.
  7. Akhir sekali, masukkan perahan limau nipis dan taburkan daun ketumbar. Kacau seketika, kemudian tutup api.
  8. Siap untuk dihidang panas-panas bersama nasi putih.

Baca juga: Resipi Bawang Goreng ‘3 Bahan’ Rangup & Cantik Keemasan, Sekali Buat Terus Tak Beli Dah!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN