tips dapur

Kalau anda selalu rasa leceh setiap kali nak memasak sebab kena siang, potong dan blend bahan dari awal, sebenarnya ada cara lebih mudah. Dengan beberapa tips dapur yang betul, kerja memasak boleh jadi jauh lebih cepat, kemas dan teratur.

Perkongsian teknik penyimpanan bahan ini sangat membantu untuk sesiapa yang nak buat meal prep di rumah dan jimat masa setiap hari.

Baca juga: 5 Tips Simpan Bunga Kantan Supaya Tahan Lebih Lama, Segar & Tak Cepat Rosak

TIPS DAPUR SIMPAN BAHAN MASAK SUPAYA TAHAN LAMA

tips dapur

1. Tips Dapur Simpan Cili Supaya Tak Cepat Rosak

Cili antara bahan wajib dalam masakan harian, tapi mudah sangat rosak kalau tak simpan betul.

Cara betul:

  • Buang tangkai cili terlebih dahulu
  • Jangan basuh sebelum simpan
  • Lap kering guna tisu
  • Simpan dalam bekas berjaring

Basuh hanya bila nak guna supaya cili kekal segar lebih lama.

2. Tips Dapur Blend Bawang, Halia & Cili Sekali Gus

Untuk jimat masa memasak, anda boleh siapkan bahan tumisan siap-siap.

Cara buat:

  • Blend bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi bersama sedikit minyak
  • Simpan dalam bekas kecil atau ice cube tray
  • Bekukan dalam freezer

Bila nak masak, cuma ambil satu kiub dan terus tumis. Mudah sangat!

3. Bawang Putih: Simpan Kasar Untuk Rasa Lebih Sedap

Satu lagi tips dapur yang ramai guna:

  • Blend bawang putih secara kasar
  • Masukkan dalam acuan kiub
  • Bekukan

Rasa lebih ‘fresh’ bila digunakan dalam masakan berbanding bawang siap kisar lama.

tips dapur

4. Daun Kari & Daun Bawang – Simpan Cara Betul

Herba ini mudah layu kalau salah simpan.

Daun kari:

  • Buang tangkai
  • Terus simpan dalam freezer

Daun bawang:

  • Potong kecil
  • Gaul dengan sedikit minyak
  • Bekukan

Kekal segar, warna cantik dan aroma pun tak hilang.

5. Limau Kasturi – Siap Perah & Bekukan

Ini antara tips dapur paling praktikal:

Senang guna bila nak tambah rasa masam dalam masakan, ambil satu kiub sahaja.

6. Lobak Merah – Potong Siap-Siap Untuk Mudah Masak

Sediakan siap dalam pelbagai bentuk:

  • Dadu
  • Memanjang
  • Bulat

Asingkan dalam bekas berbeza supaya mudah ambil ikut keperluan masakan.

Kalau dibuat sekali seminggu sebagai meal prep, rutin memasak akan jadi jauh lebih mudah dan efisien.

Semoga bermanfaat!

Sumber: sitizulaikha.mz

Baca juga: Rahsia Rebus Jagung Tanpa Kulit Tapi Kekal Manis & Rangup, Rupanya Ini Caranya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN