roti boy resepi

Kalau anda sedang mencari roti boy resepi yang paling senang, cepat dan confirm jadi, ini versi homemade yang wajib cuba di rumah. Tak perlu uli doh, tak perlu tunggu lama, hanya guna roti Gardenia dan bahan asas dapur sahaja, anda dah boleh hasilkan roti boy yang wangi kopi, lembut di dalam dan rangup di luar.

Resepi ini sangat sesuai untuk sarapan pagi anak-anak sebelum ke sekolah atau minum petang bersama keluarga. Cara penyediaannya ringkas, jimat masa dan sesuai untuk beginner.

Baca juga: Roti Sardin Viral Versi Paling Sedap, Rangup Keemasan Di Luar & Inti Lembut Memang Buat Ketagih!

ROTI BOY RESEPI PALING MUDAH

roti boy resepi

Bahan-bahan:

Bancuhan kopi:

  • 1 paket kopi segera
  • 3 sudu air panas (sekadar larutkan sahaja)

Roti:

  • Roti Gardenia
  • Butter atau marjerin
  • Keju cheddar (pilihan)

Topping:

Cara-cara penyediaan:

1. Bancuh kopi

Larutkan kopi segera dengan air panas. Kacau hingga sebati dan ketepikan seketika.

2. Sediakan roti

Ambil roti Gardenia, sapukan butter atau marjerin di atasnya. Jika suka rasa lebih berkrim, boleh tambah keju cheddar.

3. Buat topping roti boy

Dalam mangkuk:

  • Kacau butter dan gula kastor hingga sebati
  • Masukkan telur dan kacau lagi
  • Tuang bancuhan kopi
  • Tambahkan tepung gandum

Kacau sehingga adunan menjadi licin, pekat sedikit dan berkilat.
Masukkan ke dalam piping bag, kemudian picit atas roti dengan corak spiral untuk hasil seperti roti boy original.

CARA BAKAR:

  • Suhu oven: 180°C – 200°C
  • Masa: 15 minit
  • Bergantung pada oven masing-masing

HASIL ROTI BOY RESEPI INI:

Bila siap dibakar, bau kopi terus memenuhi dapur. Tekstur atasnya rangup, dalamnya lembut dan berkrim. Makan pula ketika masih panas memang sedap sangat!

TIP SUPAYA LEBIH SEDAP:

  • Guna butter sebenar untuk rasa lebih premium
  • Tambah sedikit kopi jika nak aroma lebih kuat
  • Bakar sampai topping perang keemasan

Roti boy resepi ini memang sesuai untuk siapa saja yang nak cepat tapi tetap sedap. Sekali cuba, confirm jadi menu ulang di rumah!

Selamat mencuba!

Sumber: CikMira Rose

Baca juga: Ini Cara Buat Roti Goreng Ayam Cheese Meleleh Viral Di TikTok, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN