butter cookies

Bulan Ramadan dan Hari Raya memang sinonim dengan juadah manis. Kali ini, Khairul Aming baru je buat kelas pertama biskut raya 2026 dan dia tunjuk resipi butter cookies yang mudah, sedap dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Resipi butter cookies ini cepat disiapkan, tak manis sangat dan sesuai dibuat bersama keluarga. Anda boleh cuba sekarang, simpan dalam jar atau buat untuk malam raya nanti.

Baca juga: 5 Resipi Air Viral Khairul Aming Yang Mudah Buat Sendiri Di Rumah & Sedap Untuk Buka Puasa, Cubalah!

RESIPI BUTTER COOKIES KHAIRUL AMING

butter cookies

Bahan-bahan:

  • 125 gram unsalted butter (lebih kurang separuh blok butter supermarket)
  • 2/3 cawan icing sugar
  • 1 putih telur
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • Sedikit garam
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 ¼ cawan tepung gandum
  • Taburan hiasan seperti beads manik atau colorful rice

Cara-cara penyediaan:

1. Pukul bahan asas

Campurkan butter, icing sugar, putih telur, esen vanila dan garam. Kacau hingga sebati dan lembut.

2. Masukkan tepung

Masukkan 1 sudu makan tepung jagung, kacau. Tambah 1 cawan tepung gandum, kacau sebati, kemudian ¼ cawan lagi. Total tepung gandum: 1 ¼ cawan.

3. Sediakan piping bag

Masukkan adunan dalam piping bag dengan nozzle pilihan. Bentuk bulat atau cong naik atas. Tak perlu risau kalau saiz tak sama.

4. Hias biskut

Tabur beads manik atau colorful rice atas biskut untuk nampak menarik.

5. Bakar butter cookies

Panaskan oven pada 170°C, bakar selama 15 minit. Biskut akan golden brown di luar dan lembut di tengah.

Tips Penting

  • Butter cookies ini buttery dan tak manis sangat, sesuai untuk kanak-kanak.
  • Boleh buat bersama keluarga atau anak-anak.
  • Simpan dalam jar untuk persediaan Hari Raya 2026.

Kelas pertama Khairul Aming 2026 ni tunjuk resipi butter cookies yang cepat, mudah dan confirm sedap. Sesuai untuk siapa sahaja yang nak buat biskut raya last minute. Jangan tunggu lagi, cuba sekarang dan jadikan tradisi raya bersama keluarga!

Selamat mencuba!

Sumber: khairulaming

Baca juga: Cara Buat Colek Malas Khairul Aming, Jemput-Jemput Ikan Bilis Rangup Dengan Kuah Thai Pekat

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN