
Tengah fikir nak buat pencuci mulut simple tapi sedap? Resepi puding jagung santan ini memang pilihan tepat kerana tak renyah, bahan pun ringkas, tapi hasilnya lembut berkrim dengan rasa lemak santan yang cukup padu.
Paling best, tak perlu pening kepala nak sukat bahan guna gram atau cawan. Semua hanya guna sukatan tin jagung saja, jadi lebih cepat dan praktikal. Sesuai sangat untuk anda yang nak buat dessert last minute atau hidangan santai untuk keluarga.
Baca juga: Puding Karamel Tanpa Telur Versi Cup Comel, Resipi Mudah & Jimat Untuk Jamuan Sekolah Anak
RESEPI PUDING JAGUNG SANTAN

Bahan-bahan:
- 1 tin jagung creamy
- 1 tin susu pekat manis
- 1 tin tepung kastard (guna tin jagung)
- 3 tin air (guna tin jagung)
- 500ml santan (boleh guna 2 pek santan kecil)
- 2 sudu kecil garam
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk tanpa buka api.
2. Kacau hingga semua bahan sebati dan tidak berketul.
3. Buka api sederhana dan terus kacau tanpa henti.
4. Masak sehingga adunan menjadi pekat dan nampak berkilat.
5. Bila adunan mula “meletup-letup” kecil, teruskan masak sekitar 10–15 minit.
6. Tutup api dan tuang ke dalam loyang.
7. Biarkan sejuk, kemudian simpan dalam peti ais.
8. Sejukkan sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman sebelum potong.
Tips Penting Supaya Puding Cantik Dan Menjadi
- Kacau sentiasa untuk elakkan berketul atau hangit di bawah.
- Gunakan api sederhana sahaja supaya adunan masak sekata.
- Untuk rasa lebih lemak, boleh tambah sedikit santan.
- Pastikan puding betul-betul sejuk sebelum dipotong untuk hasil yang cantik.
Kenapa Resepi Puding Jagung Santan Ini Viral?
- Guna sukatan tin – tak perlu sukat rumit
- Bahan mudah, semua ada di dapur
- Tekstur lembut dan creamy
- Rasa lemak santan yang padu
- Sesuai untuk dessert keluarga atau jualan
Memang mudah sangat resepi puding jagung santan ini, tapi hasilnya nampak macam beli di kedai. Kalau anda peminat pencuci mulut berasaskan jagung, ini antara resipi wajib simpan dan ulang buat! Sekali cuba, confirm jadi kegemaran satu keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Shafieyda Rosly
Baca juga: Resepi Puding Jagung Kastard, Lembut Berkrim & Warna Kuning Jagung Yang Menawan
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














