mi jawa

Kadang-kadang bila teringin makan hidangan berkuah yang mengenyangkan, Mi Jawa memang antara pilihan terbaik. Kuahnya yang pekat, rasa manis bercampur pedas dan sedikit berempah buatkan sekali makan memang susah hendak berhenti. Lebih-lebih lagi kalau makan panas-panas, memang puas hati.

Mee Jawa Ayam ini pula sesuai sangat dijadikan menu untuk jamuan keluarga atau rumah terbuka. Walaupun nampak macam hidangan ‘heavy’, sebenarnya cara penyediaannya tidaklah rumit. Bahan yang digunakan pun kebanyakannya memang sudah ada di dapur.

Menariknya, resipi ini menggunakan keledek untuk mendapatkan kuah yang lebih pekat dan berlemak secara semula jadi. Ditambah pula dengan ayam goreng yang disiat, memang lengkap satu mangkuk. Jom cuba resipi ini, pasti menjadi kegemaran seisi keluarga.

Baca juga: Resipi Mihun Goreng Tomyam Lembut & Tak Hancur, Semua Yang Makan Mintak Tambah Lagi!

RESIPI MI JAWA KUAH PEKAT BEREMPAH

mi jawa

Bahan Kuah:

  • 2 biji keledek merah (direbus dan dilenyek)
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit lengkuas
  • Sedikit halia
  • 2 batang serai
  • 5 biji cili kering
  • 2 sudu besar udang kering
  • 1 kiub ayam
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Sedikit perasa (optional)
  • Air secukupnya

Bahan Mee & Hiasan:

  • Mee kuning (dicelur)
  • Tauge
  • Daun bawang dan daun sup
  • Telur rebus
  • Limau kasturi
  • Bawang goreng
  • Dada ayam (digoreng dan disiat)
  • Tahu goreng (optional)

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar bawang putih, bawang besar, lengkuas, halia, serai, cili kering dan udang kering sehingga halus.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air dan biarkan ia mereneh seketika supaya bahan masak sempurna.
  4. Masukkan keledek yang telah dilenyek bersama sedikit air rebusannya.
  5. Tambahkan kiub ayam dan kacau rata.
  6. Tuangkan air mengikut kepekatan kuah yang diinginkan. Untuk Mee Jawa, kuah biasanya lebih pekat.
  7. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Jika suka, boleh tambah sedikit perasa.
  8. Biarkan kuah mendidih hingga pekat dan sebati.

Sumber: Farisyah Risya

Baca juga: Resipi Mi Rebus Johor Kuah Pekat, Hidang Untuk Rumah Terbuka Confirm Tetamu Puji

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN