mihun goreng tomyam

Kadang-kadang bila bosan makan bihun goreng biasa, teringin pula nak rasa sesuatu yang lebih ‘kick’ dan berempah. Ha, apa kata jom cuba mihun goreng tomyam ini pula!

Rasa masam, pedas, dan sedikit manis ala-ala tomyam memang buat selera terus terbuka. Sangat sesuai sangat kalau nak masak cepat untuk sarapan, makan tengah hari atau hidangan ringkas waktu malam.

Boleh campak apa saja bahan seafood atau lauk yang ada dalam peti. Mudah, jimat dan sedap! Jangan lupa cuba ya!

Baca juga: Resepi Bakso Daging Homemade, Tekstur Kenyal & Tak Perlu Risau Bau Hamis

RESIPI MIHUN GORENG TOMYAM

mihun goreng tomyam

Bahan-bahan:

  • Bihun secukupnya (rendam hingga lembut)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 biji cili merah (dihiris)
  • 2 biji cili hijau (dihiris)
  • 1–2 sudu besar cili boh
  • 1 kiub tomyam
  • Udang secukupnya
  • Sotong secukupnya
  • Fish cake (dihiris)
  • Tauhu (digoreng dan dipotong)
  • 1 batang lobak merah (dipotong halus)
  • Daun kucai secukupnya
  • 2 biji telur
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Air panas secukupnya
  • Tauge (masukkan akhir sekali untuk kekal rangup)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian tumis bawang putih, bawang merah, cili merah dan cili hijau hingga naik bau dan sedikit garing.
  2. Masukkan cili boh dan kiub tomyam. Kacau hingga pecah minyak dan kuah nampak sedikit pekat.
  3. Masukkan udang, sotong, fish cake dan tauhu goreng. Gaul dan masak hingga semua bahan masak sempurna.
  4. Masukkan bihun yang telah direndam. Gaul rata bersama bahan tumisan. Jika bihun masih keras, boleh tambah sedikit air panas.
  5. Masukkan lobak merah dan daun kucai. Gaul lagi hingga sebati.
  6. Perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya.
  7. Akhir sekali, pecahkan telur ke dalam kuali dan gaul hingga telur masak dan bersalut pada bihun.
  8. Jika suka, masukkan tauge di akhir sekali dan gaul sekejap sahaja supaya kekal rangup.

Sumber: Roswati Mohamed Addnan

Baca juga: Resipi Mi Rebus Johor Kuah Pekat, Hidang Untuk Rumah Terbuka Confirm Tetamu Puji

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN