roti jala resepi simple

Tengah raya sekarang, jangan lepaskan peluang untuk sajikan roti jala resepi simple yang lembut dan cantik di meja jamuan. Tak perlu kuali non-stick, kuali biasa pun boleh hasilkan roti jala yang cantik dan sedap.

Dengan bahan mudah dan cara cepat, anda boleh sediakan roti jala yang sesuai dimakan bersama kari ayam, kuah daging atau rendang. Menu ringkas tapi tetap meriah untuk raya!

Baca juga: Kari Ayam Kapitan Nyonya, Bau Harum Rempahnya Tak Sama Macam Kari Biasa!

ROTI JALA RESEPI SIMPLE

roti jala resepi simple

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air
  • 1 biji telur
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil pewarna (kuning atau oren untuk hidangan lebih meriah)

Cara-cara penyediaan:

1. Satukan semua bahan dalam mangkuk besar. Kacau hingga sebati menggunakan whisk atau blender.

2. Panaskan kuali di atas api sederhana.

3. Tuang adunan menggunakan acuan roti jala atau botol dengan muncung kecil, buat corak jala seperti biasa.

4. Masak hingga roti jala masak sepenuhnya, kemudian angkat.

5. Ulang hingga habis adunan.

Tips Tambahan:

  • Gunakan api sederhana supaya roti jala masak sekata tanpa hangus.
  • Tambah pewarna untuk hasil lebih menarik.
  • Hidangkan bersama kari ayam, kuah daging atau rendang.

Roti jala resepi simple ini bukan sahaja lembut dan sedap, tapi juga cantik untuk meja raya. Ringkas, cepat dan pasti memikat hati keluarga serta tetamu. Selamat mencuba!

Selamat mencuba!

Sumber: Ida Zaida

Baca juga: Resipi Roti Jala Klasik Lembut, Nak Hasil Cantik Berurat Halus Ada Rahsianya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN