
Bila cuaca sejuk atau badan terasa kurang bermaya, semangkuk bubur ayam panas pastinya menjadi hidangan penyelamat yang paling menenangkan. Berbeza dengan bubur biasa, Chicken Congee atau bubur nasi ayam ala Cina ini terkenal dengan teksturnya yang sangat lembut, halus dan berkrim.
Hidangan ini bukan sahaja sedap, malah sangat berkhasia. Menjadikannya pilihan utama untuk sarapan pagi atau hidangan buat mereka yang sedang tidak sihat. Gabungan aroma halia dan minyak bijan bukan sekadar membangkitkan selera, malah membantu memanaskan badan secara semula jadi.
Menariknya, anda tidak perlukan bahan yang rumit untuk menyediakan hidangan ini di rumah. Dengan hanya menggunakan beberapa bahan asas dari dapur, anda boleh menghasilkan bubur yang pekat dan menyelerakan. Jom kita lihat cara penyediaannya yang cukup ringkas di bawah.
Baca juga: Resipi Bubur Ayam Tumis Darat Yang Sedap Tak Terkata, Makan Sampai Licin Periuk!
RESEPI CHINESE CONGEE, BUBUR NASI AYAM CINA YANG MUDAH & SEDAP

Bahan-bahan:
- 1 cawan beras (dicuci bersih & ditos)
- 6–7 cawan air atau stok ayam (untuk rasa lebih kaya)
- 1 keping dada ayam atau isi peha ayam
- 2–3 hiris halia (dihiris nipis)
- 1 ulas bawang putih (diketuk)
- 1 sudu kecil minyak bijan
- Garam secukup rasa
- Sedikit lada putih (pilihan)
Bahan hiasan:
- Hirisan daun bawang
- Bawang goreng
- Cili merah atau minyak cili (chili oil)
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan beras, air (atau stok ayam), kepingan ayam, halia dan bawang putih ke dalam periuk yang bersesuaian.
- Masak menggunakan api sederhana sehingga beras pecah dan teksturnya bertukar menjadi bubur yang halus (anggaran masa 45–60 minit). Pastikan anda kacau sekali-sekala supaya bahagian bawah tidak hangit.
- Apabila ayam sudah masak sepenuhnya, keluarkan ayam tersebut dan siat halus. Kemudian, masukkan semula isi ayam ke dalam periuk bubur.
- Masukkan garam, minyak bijan dan lada putih. Kacau rata agar segala perisa menyerap sempurna.
- Jika bubur kelihatan terlalu pekat, tambahkan sedikit air panas mengikut kepekatan yang anda gemari.
- Taburkan daun bawang dan bawang goreng sebelum dinikmati panas-panas.
Sumber: Shedo Prioritaa
Baca juga: Resepi Bubur Lambuk Guna 2 Cawan Beras, Simple Dan Mudah Dibuat Di Rumah
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














