cara masak sup ikan

Cara masak sup ikan yang sedap tak susah, asalkan guna teknik yang betul. Rahsianya ialah goreng ikan dahulu dan guna akar ketumbar serta 4 sekawan untuk aroma yang wangi.

Resipi perkongsian Sis Auni ini ringkas, bahan mudah dicari, tapi hasilnya memang sedap. Supnya ringan, segar, dan sesuai dinikmati panas-panas bila makan tengah hari atau malam.

Baca juga: Ikan Masak Gulai Kuning, Lauk Tradisi Yang Ramai Takut Cuba Tapi Sekali Masak Terus Jadi

CARA MASAK SUP IKAN TAK HANYIR & KUAH WANGI

cara masak sup ikan

Bahan-bahan utama:

  • Ikan (ikan merah / siakap / jenahak – ikut pilihan)
  • Minyak secukupnya (untuk menggoreng ikan)

Bahan-bahan tumis:

  • Halia – dihiris
  • Bawang putih – diketuk
  • Bawang besar – dihiris
  • Akar ketumbar
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)

Bahan kuah sup ikan:

  • Lada hitam – ditumbuk kasar
  • Air secukupnya
  • Lobak merah – dipotong
  • Saderi – dipotong
  • 1 kiub pati ayam
  • Sos ikan secukup rasa
  • Serbuk perasa secukupnya

Bahan-bahan akhir:

  • Air perahan asam limau nipis
  • Cili padi
  • Tomato – dibelah
  • Daun ketumbar
  • Bawang goreng (disarankan goreng sendiri untuk rasa lebih wangi)

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan goreng ikan tanpa kunyit atau perasa, sekadar masak dan sedikit garing. Angkat dan ketepikan.

2. Dalam periuk, tumiskan halia, bawang putih, bawang besar, akar ketumbar dan 4 sekawan hingga naik bau dan sedikit layu.

3. Masukkan lada hitam, kemudian tuangkan air secukupnya. Masukkan lobak merah, saderi, kiub pati ayam, sos ikan dan serbuk perasa. Kacau dan biarkan sup mendidih.

4. Perahkan sedikit asam limau nipis mengikut citarasa. Masukkan cili padi dan tomato.

5. Tutup api terlebih dahulu, kemudian baru masukkan ikan goreng supaya isi ikan tidak hancur dan kuah kekal jernih.

6. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar dan bawang goreng. Sup ikan sedia untuk dihidangkan panas-panas.

Tips sup ikan lebih sedap dan tak hanyir:

  • Goreng ikan terlebih dahulu membantu mengurangkan bau hanyir dan menjadikan isi lebih pejal.
  • Akar ketumbar dan lada hitam adalah kunci utama aroma sup ikan yang wangi.
  • Elakkan memasak ikan terlalu lama dalam sup supaya isi tidak hancur.
  • Bawang goreng buatan sendiri memberikan rasa dan bau yang lebih harum berbanding bawang goreng segera.

Sup ikan ini sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur. Rasanya ringan, menyegarkan dan sangat menenangkan. Dihidangkan pula bersama nasi putih panas, memang licin sampai ke titisan terakhir.

Selamat mencuba!

Sumber: Sis Auni

Baca juga: Sup Ikan Merah Simple Resipi Ibu Mertua, Kuah Hijau Padu & Isi Lembut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN