kerabu telur dadar

Kalau anda peminat hidangan segar dan mudah, kerabu telur dadar ini memang wajib cuba! Gabungan telur lembut dengan sayur-sayuran segar dan sos kerabu yang masam manis.

Sesuai sebagai lauk sampingan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ratah tanpa nasi pun tetap menyelerakan. Jom baca resipi lengkap di bawah.

Baca juga: Resipi Kerabu Kacang Botol Dengan Kerang & Bunga Kantan, Rasa Segar Bila Makan Sejuk-Sejuk!

RESEPI KERABU TELUR DADAR ALA THAI

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih
  • 6 biji cili padi
  • 6 biji cili
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 1½ sdb gula kelapa Thai
  • 3 sdb sos ikan
  • 6 sdb jus limau nipis
  • 5 biji telur
  • 1 sdt garam
  • 1 cawan bawang besar (hiris)
  • 1 cawan lobak merah (parut/ potong kepada potongan julienne)
  • 1 cawan tomato (potong dadu)
  • 2 pokok daun ketumbar (hiris)
  • Kacang tanah goreng (kisar)

Cara-cara:

  1. Sediakan mesin chopper. Masukkan bawang putih, cili padi, cili merah dan daun ketumbar. Kisar sehingga halus. Ketepikan seketika.
  2. Dalam mangkuk, satukan gula kelapa Thai, sos ikan dan jus limau nipis. Kacau hingga sebati.
  3. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk sos tadi. Kacau rata dan ketepikan. Siap sos kerabu.
  4. Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan kacau sebati bersama sedikit garam.
  5. Panaskan minyak dalam kuali leper. Tuang sedikit adunan telur untuk goreng seperti masak lempeng. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal. Ulang sehingga semua telur habis.
  6. Lipat telur dadar menjadi dua dan hiris nipis.
  7. Dalam mangkuk besar, satukan telur yang dihiris bersama bawang merah, lobak merah, tomato, daun ketumbar dan sos kerabu. Gaul hingga semua bahan sebati.
  8. Hidangkan dalam pinggan dan taburkan kacang tanah goreng yang telah dikisar.

Sumber: Noor Ashikin Saerah

Baca juga: Resipi Kerabu Bunga Kantan Yang Wangi, Bukan Saja Sedap Tapi Banyak Khasiatnya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN