
Resipi kerabu kacang botol ini istimewa kerana ditambahkan dengan bahan-bahan segar seperti kerang dan bunga kantan, menjadikannya lebih wangi, bertekstur dan kaya rasa.
Setiap suapan memberikan kombinasi pedas, masam, manis dan lemak yang seimbang, sesuai dinikmati sebagai hidangan sampingan atau pembuka selera.
Kerabu kacang botol ini juga sesuai dihidangkan sejuk-sejuk, terutama pada cuaca panas, kerana memberikan rasa yang menyegarkan.
Jika suka pedas, boleh tambah lebih cili padi. Jika ingin lebih masam dan segar, boleh lebihkan perahan limau kasturi.
Baca juga: Resipi Kerabu Seafood Thai, Gabungan Rasa Masam Manis Pedas Yang Bikin Terangkat!
RESEPI KERABU KACANG BOTOL DENGAN KERANG & BUNGA KANTAN

Bahan-bahan:
- Kacang botol (dihiris nipis)
- Isi kerang (direbus dan ditos)
- Bunga kantan (dihiris halus)
- Bawang merah (dihiris nipis)
- Cili masak dan cili padi (ikut tahap kepedasan)
- Kelapa sangai (disangai tanpa minyak)
- Belacan (dibakar atau digoreng sikit)
- Air asam jawa atau perahan limau kasturi (ikut selera)
- Gula dan sedikit perasa (sebagai penyeimbang rasa)
Cara-cara penyediaan:
- Tumbuk atau blend kasar cili, belacan dan bawang merah.
- Gaulkan bahan tumbuk/kisar dengan kerang, kacang botol dan bunga kantan.
- Masukkan kelapa sangai, air asam jawa atau limau kasturi, gula dan sedikit perasa.
- Gaul rata dan rasa. Sesuaikan pedas, masam dan lemak mengikut citarasa.
- Sedia untuk dihidang! Lagi sedap dinikmati sejuk-sejuk.
Sumber: Khalif Khlif
Baca juga: Resipi Kerabu Asam Mangga Tanpa Belacan & Ikan Bilis, Rasa Masam Pedas Tetap Menyengat!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














