ayam grill

Resipi ayam grill madu black pepper ini sesuai untuk mereka yang tidak suka masakan berkuah dan lebih memilih lauk yang dimasak panggang. Rasanya manis madu, pedas lada hitam, dan wangi rempah.

Selain mudah disediakan, resipi ini juga fleksibel. Boleh dipanggang atas kuali, air fryer atau arang mengikut kesukaan. Tetap menghasilkan ayam yang lembut serta berperisa.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan resipi langkah demi langkah cara membuat ayam grill madu black pepper bersama tips supaya hasilnya juicy dan aromanya meresap ke dalam isi.

Baca juga: Cara Masak Ayam Sweet Sour Ala Restoran Cina, Rangup & Sedap Dengan Kuah Manis Pedas!

RESEPI AYAM GRILL MADU BLACK PEPPER

ayam grill

Bahan tumbuk:

Bahan lain:

  • Ayam
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Madu
  • Minyak masak
  • Serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang putih, halia, lada hitam dan biji ketumbar sehingga lumat.
  2. Kemudian, lumurkan pada ayam sehingga rata.
  3. Letakkan bahan-bahan lain dan lumur sehingga sebati pada keseluruhan ayam.
  4. Perapkan seketika selama 30 minit. Semakin lama diperap, semakin sedap rasanya.
  5. Selepas diperap, panggang ayam atas kuali.
  6. Lumurkan lebihan perapan ke atas ayam dan tutup kuali seketika supaya aromanya meresap.
  7. Balikkan ayam supaya masak sekata di kedua-dua belah.
  8. Bakar sehingga ayam masak sepenuhnya sebelum diangkat.

Info: Ayam ini juga boleh dibakar menggunakan arang, air fryer atau kaedah lain mengikut kesukaan.

Sumber: Sis Auni

Baca juga: Resipi Ayam Karamel Bawang Yang Pekat Berkilat, Rasa Pun Tak Terkata Sedapnya!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN