ayam karamel bawang

Kalau bosan dengan lauk ayam yang sama setiap hari, apa kata jom cuba resepi ayam karamel bawang ini pula.

Baunya sangat wangi semerbak, rasa manis, masin dan garing di luar memang sangat membuka selera!

Ada satu ini pun dah cukup sedap dinikmati bersama nasi putih panas. Tak ada lauk lain pun tak apa.

Baca juga: Resipi Paprik Ayam Ini Simple Saja, Tapi Sedapnya Serius Tak Cukup Satu Pinggan Nasi!

RESEPI AYAM KARAMEL BAWANG

ayam karamel bawang

Bahan-bahan:

  • 1 kg ayam, dibersihkan
  • Bumbu halus (6 ulas bawang putih, 3 biji buah keras, ½ sudu teh garam)
  • 4 sudu besar gula putih
  • 50 ml kicap manis
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • Bawang goreng untuk hiasan

Cara memasak:

  1. Perap ayam dengan bumbu halus, garam, gula putih dan kicap manis. Gaul rata dan biarkan seketika supaya perapan meresap ke dalam ayam.
  2. Panaskan marjerin dalam kuali, kemudian masukkan ayam yang telah diperap. Gaul rata sehingga ayam kering dan bahagian luarnya kelihatan garing.
  3. Tambahkan bawang besar yang telah dihiris ke dalam kuali. Gaul rata sehingga bawang layu dan wangi.
  4. Pindahkan ayam ke pinggan dan taburkan bawang goreng di atasnya sebagai hiasan

Tips penting:

  • Pastikan ayam dibersihkan dan dikeringkan sebelum diperap untuk hasil yang lebih sedap.
  • Semasa mengeringkan ayam, terus kacau bagi mengelakkan ayam hangus.
  • Sesuaikan jumlah gula dan kicap manis mengikut citarasa sendiri.

Sumber: Mira Ghandara

Baca juga: Resipi Ayam Berlado Yang Pedas Dan Wangi, Rasa Dia Memang Tak Main-Main!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN