apam susu sukatan cawan

Dalam banyak-banyak kuih tradisi yang mudah dibuat, Apam Susu sukatan cawan antara yang paling disukai ramai kerana rasanya lemak manis dan teksturnya yang lembut.

Apam Susu ialah sejenis kuih kukus yang lembut, ringan dan sedikit manis, dibuat menggunakan campuran telur, gula, tepung dan susu pekat.

Jika anda baru nak cuba atau sedang mencari resipi yang confirm jadi, versi Apam Susu sukatan cawan oleh Wan Nabyla ini memang pilihan yang tepat. Jom kita cuba!

Baca juga: Apam Pisang Gebu Gebas Yang Paling Moist, Baru Kukus Terus Bau Wangi Satu Rumah!

RESIPI APAM SUSU SUKATAN CAWAN

apam susu sukatan cawan

Bahan-bahan:

  • 4 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu besar ovalet
  • 4 sudu besar susu pekat
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • Pewarna makanan

Cara-cara membuat:

1. Pukul telur, esen vanila, ovalet dan gula sehingga kembang, gebu dan bertukar putih.

2. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.

3. Tambahkan tepung gandum dan kacau hingga sebati.

4. Bahagikan adunan jika mahu pelbagai warna, kemudian warnakan ikut kreativiti.

5. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.

Tips apam susu lebih naik dan cantik:

  • Kukus dengan api sederhana supaya apam naik sekata.
  • Balut penutup kukusan dengan kain untuk elak wap air jatuh ke atas adunan.
  • Jika mahu rasa lebih lembut, boleh tambah sedikit susu cair.

Selamat mencuba!

Sumber: Wan Nabyla

Baca juga: Resepi Apam Lempeng Lembut Gebu, Cicah Sambal Ngam, Makan Kosong Pun Sedap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN