apam pisang gebu

Nak cari kuih yang senang, cepat dan hasilnya memuaskan, wajib cuba resipi Apam Pisang gebu gebas ini. Apabila dapat hasil yang naik cantik dan lembut, memang puas hati.

Apam Pisang ialah sejenis kuih tradisional dibuat daripada campuran pisang masak yang dilenyek, tepung, gula, telur dan beberapa bahan asas lain sebelum dikukus hingga naik gebu.

Resipi ini dikongsikan oleh Anna Rozza di Facebook dan ramai setuju ini antara resipi Apam Pisang gebu yang tak jemu dimakan tak kira sarapan atau minum petang. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Apam Lempeng Lembut Gebu, Cicah Sambal Ngam, Makan Kosong Pun Sedap!

RESIPI APAM PISANG GEBU GEBAS

apam pisang gebu

Bahan A:

  • 1½ cawan pisang berangan yang telah dilenyek

Bahan B (ayak senua bahan ini):

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan kisar (kisar sampai betul-betul kembang):

  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen pisang atau esen vanilla

Cara-cara buat:

  1. Satukan Bahan A, B dan bahan kisar tadi.
  2. Gaul sehingga semuanya sebati dan tidak berketul.
  3. Didihkan periuk pengukus.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan, kemudian isi ¾ penuh adunan.
  5. Kukus selama 20 minit sehingga apam naik cantik.
  6. Sejukkan seketika sebelum keluarkan dari acuan.

Dengan bahan yang ringkas dan langkah yang mudah, Apam Pisang memang pilihan terbaik apabila teringin makan kuih yang lembut, wangi dan mengenyangkan.

Selamat mencuba!

Sumber: Anna Rozza

Baca juga: Apam Nasi Simple & Mudah Guna Blender, Gebu Gebas Macam Kapas Kejadiannya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN