cara buang darah ayam

Sebelum masak hidangan berkuah seperti sup, kari, masak merah atau apa saja yang perlukan ayam direbus, anda perlu tahu cara buang darah ayam dengan betul supaya tak hanyir.

Jika anda perasan ada buih dan kotoran yang timbul di permukaan, itu bukanlah sekadar buih biasa. Tapi, ia merupakan campuran darah beku, protein kotor dan lemak daripada ayam.

Apabila dibiarkan, ia boleh menyebabkan kuah jadi keruh, cepat hanyir dan makanan jadi cepat basi. Sebab itu apabila masak sup di rumah sendiri, tak jadi sejernih sup di kedai makan.

Jika anda belum tahu cara buang darah ayam yang betul, boleh ikut langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Emma Wan Noordin MamaMo ini. Jom kita tengok caranya!

Baca juga: Teknik Cuci Kerang Supaya Isi Tak Berselut, Lebih Bersih Dan Mudah Dimasak

CARA BUANG DARAH AYAM SUPAYA KUAH TAK HANYIR

cara buang darah ayam

1. Isi ayam terus ke dalam periuk dan tuang air secukupnya. Tak perlu perasa atau apa-apa bahan lain lagi.

2. Biarkan air mula panas dengan perlahan. Jangan kacau sebab ia boleh buat kotoran bercampur semula ke dalam kuah.

3. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Selepas beberapa minit, anda akan mula nampak kotoran, buih hanyir, ketulan darah dan lemak beku naik ke permukaan.

cara buang darah ayam

4. Gunakan sudip berlubang atau sudu besar untuk cedok dan buang, keluarkan semuanya dari permukaan.

5. Tunggu kali kedua. Teruskan reneh lagi. Biasanya kotoran akan keluar sekali lagi.

6. Cedok dan buang sekali lagi Untuk hasil paling bersih, buang sekurang-kurangnya dua kali.

Setelah menggunakan cara buang darah ayam ini, anda akan lebih yakin kerana sup jadi lebih jernih, rasa lebih sedap dan bersih. Selain itu, baunya kurang hanyir dan lebih tahan lama.

Selepas selesai buang semua kotoran, barulah masukkan bahan sup atau teruskan langkah memasak mengikut resipi kegemaran. Sedikit usaha, tapi hasilnya memang jauh beza.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Emma Wan Noordin MamaMo

Baca juga: Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN