
Kalau anda peminat kudapan manis tetapi ingin yang lebih sihat, jom cuba resipi biskut badam ini. Bahan-bahannya ringkas dan tidak menggunakan tepung gandum, sesuai untuk mereka yang menjaga diet tanpa gluten.
Biskut ini bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja, tetapi juga sesuai untuk dinikmati bersama teh atau kopi pada waktu petang. Resipi ini juga diubah suai mengikut cita rasa, seperti menambah coklat cip, kismis, kurma atau almond nibs.
Selain mudah disediakan, biskut badam ini sesuai untuk semua golongan, termasuk kanak-kanak dan mereka yang menghadapi masalah kesihatan seperti ekzema, kencing manis atau darah tinggi.
Baca juga: Cara Buat Biskut Coklat Rice Viral, Resipi Mudah Versi ‘Mesra Poket’!
RESEPI BISKUT BADAM RANGUP TANPA GLUTEN

Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung badam (almond flour)
- 3 sudu besar tepung ubi (tapioca starch) – untuk tekstur rangup
- ¼ cawan gula perang atau gula kastor
- 1 biji telur
- 3 sudu besar minyak kelapa atau mentega cair
- ½ sudu kecil esen vanila
- ¼ sudu kecil garam
- (Pilihan) Coklat cip, kismis atau almond nibs
Cara membuat:
- Masukkan tepung badam, tepung ubi, gula dan garam ke dalam mangkuk, kemudian gaul hingga sebati.
- Tambahkan telur, minyak kelapa atau mentega cair serta esen vanila. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak terlalu melekat.
- Ambil sedikit doh, bulatkan dan tekan perlahan supaya menjadi leper.
- Panaskan oven pada suhu 170°C dan bakar selama 12–15 minit sehingga tepinya kekuningan. Untuk air fryer, masak pada 160°C selama 8–10 minit.
- Biarkan biskut sejuk sepenuhnya supaya teksturnya menjadi lebih rangup.
Tip tambahan:
- Mahu lagi rangup? Tambah 1-2 sudu besar minyak kelapa.
- Mahu tekstur lebih chewy? Kurangkan tepung ubi.
- Untuk aroma wangi, tambah sedikit serbuk kayu manis.
- Tambah kurma untuk jadikan biskut kurma.
- Tambah serbuk mangga untuk biskut mangga.
Sumber: Cikgu Diha
Baca juga: Resipi Biskut Coklat Chip Mudah, Hanya Guna Sebuku Butter Dapat 200 Biji!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














