resepi masak kurma ayam

Tengah cari idea untuk lauk tengah hari atau makan malam, apa kata cuba resepi masak kurma ayam? Sekali cuba, pasti takkan menyesal dengan hasilnya yang sedap nanti.

Masakan kurma terkenal dengan keunikan rasanya yang seimbang, tak pedas tapi cukup kaya dengan rasa rempah. Oleh sebab itu, ramai suka masak lauk ini untuk keluarga tersayang.

Perkongsikan resepi masak kurma ayam oleh Dani J Tang di Facebook sangat menarik kerana ia dimasak tanpa menggunakan santan dan caranya juga agak unik. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Telur Kurma Buat Satu Keluarga Berselera, Simple Tapi Penuh Dengan Rasa!

RESEPI MASAK KURMA AYAM

resepi masak kurma ayam

Bahan-bahan:

  • Ayam (dicuci bersih)
  • Bawang merah (dipotong halus)
  • Bawang holland (separuh dipotong secara baji, separuh lagi dihiris halus)
  • Bunga lawang
  • Bawang putih (dihiris halus)
  • Kulit kayu manis
  • Buah pelaga
  • Rempah kurma
  • Kentang
  • Air secukupnya
  • Susu cair
  • Garam
  • Gula
  • Air asam jawa (pilihan)

resepi masak kurma ayam

Cara-cara masak:

  1. Mula-mula, panaskan kuali atau periuk dan masukkan minyak masak.
  2. Selepas itu, tumis bawang yang telah dihiris halus dan rempah kasar sampai naik bau.
  3. Kemudian, masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air menjadi pes.
  4. Tumis sampai 3 kali garing. Caranya masukkan air, tunggu kering dan garing, kemudian masukkan air lagi. Pastikan untuk jaga api jangan sampai hangit.
  5. Masukkan ayam dan biarkan ia sebati dengan rempah, kemudian kacau-kacau. Jaga jangan sampai hangus dan tambah air jika perlu.
  6. Setelah itu, masukkan air secukupnya dan kentang.
  7. Apabila kentang agak-agak sudah separuh masak, masukkan bawang yang telah dipotong secara baji tadi dan biarkan mendidih sekejap.
  8. Masukkan susu cair secukup rasa, garam, gula, air asam jawa (jika suka), tomato, cili besar dan telur rebus.
  9. Biarkan mendidih sekejap. Setelah agak masak, boleh tutup api.

Selamat mencuba!

Sumber: Dani J Tang

Baca juga: Resepi Ayam Kurma Merah Beraroma, Lauk Wajib Cuba Kalau Nak Pikat Selera Bakal Mentua!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN