
Selalunya kita nampak masakan kurma berwarna kuning, tapi resepi Ayam Kurma Merah ini lebih menarik dari segi warna dan aromanya mampu memikat selera keluarga.
Ayam Kurma Merah sangat sesuai untuk anda yang nak cuba sesuatu yang baru tapi masih mengekalkan tradisi dengan rasa rempah, berlemak santan dan manis yang harmoni.
Nak tahu cara memasaknya? Boleh ikut resepi Ayam Kurma Merah yang baru saja dikongsikan oleh Hajar Mohd di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Rahsia Masak Kurma Ayam Pekat Sedap, Masak Dekat Rumah Tapi Rasa Kenduri!
RESEPI AYAM KURMA MERAH

Bahan-bahan:
- 4 hingga 5 ketul ayam
- Halia
- Bawang putih
- Bawang merah
- Rempah kasar 4 sekawan
- Daun kari
- Cili kisar
- Rempah kurma ayam
- Air secukupnya
- Jintan putih dan jintan manis
- Gula nisan
- 1 biji kentang
- Ikan masin
- Sambal belacan
- Asam keping
- Lemon (pilihan)
- Santan kotak
Bahan tambahan (belah empat):
- Tomato
- Cili hijau
- Bawang besar
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, tumbuk atau kisar halia, bawang putih dan bawang merah.
2. Selepas itu, panaskan minyak dalam kuali.
3. Kemudian, tumis bahan tumbuk bersama rempah kasar 4 sekawan dan daun kari dengan menggunakan api perlahan supaya tak hangit.

4. Masukkan cili kering yang dikisar mengikut tahap pedas yang dimahukan bersama rempah kurma ayam dan letak air sedikit supaya rempah kurma tadi tak hangit.
5. Seterusnya, masukkan jintan putih, jintan manis, gula nisan, kentang, ayam, ikan masin, sambal belacan, asam keping dan lemon (jika ada).
6. Apabila nampak ayam sudah kecut sikit, baru tuang santan dan tunggu sampai kuah menggelegak.

7. Setelah kuah mendidih, reneh dengan api kecil dalam masa yang lama. Lebih lama, lebih sedap. Jika ada tomato, cili hijau dan bawang besar, boleh masukkan. Siap untuk dihidang!
Resepi Ayam Kurma Merah sesuai dijadikan sebagai menu makan tengah hari atau malam di rumah. Jika makan bersama keluarga, pasti mereka puji melambung nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Hajar Mohd
Baca juga: Resepi Ayam Masak Kurma Paling Mudah, Aroma Kuah Sedap Tak Terkata!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














