resepi bihun goreng kampung

Kalau tengah cari resepi bihun goreng kampung yang senang nak buat tapi tetap padu rasanya, inilah dia resipi yang wajib dicuba.

Bahan-bahan yang diperlukan juga sangat ringkas. Sesuai untuk sarapan, makan tengah hari mahupun makan malam.

Bau tumisan pun dah buat perut berkeroncong dan tak sabar nak makan! Lagi padu kalau makan dengan keropok keping rangup!

Baca juga: Resipi Nasi Goreng Daging Padu, Punyalah Sedap Sampai Masak Sekuali Pun Tak Cukup!

RESEPI BIHUN GORENG KAMPUNG

resepi bihun goreng kampung

Bahan-bahan:

  • 300g bihun (anggaran)
  • 1 genggam ikan bilis*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 5 biji cili padi* (kisar halus)
  • 1 biji bawang merah (hiris nipis)
  • 3 batang fishcake (hiris serong)
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar ibu sambal
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam secukupnya
  • Minyak untuk menumis

(Tanda * ialah bahan untuk dikisar bersama.)

Cara memasak:

  1. Rendamkan bihun hingga lembut, kemudian toskan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng telur hingga hancur. Ketepikan.
  3. Tumis bawang merah bersama bahan kisar hingga wangi dan bawang layu.
  4. Masukkan fishcake dan gaul hingga sebati.
  5. Tambahkan ibu sambal, sos tiram dan sedikit garam. Kacau rata.
  6. Akhir sekali, masukkan bihun dan telur hancur. Gaul hingga semua bahan sebati dan bihun masak sempurna.

Siap! Hidangkan panas-panas untuk sarapan atau makan petang. Ringkas dan senang tapi memang sedap.

Sumber: Azura Masrun

Baca juga: Resipi Kuetiau Goreng Sedap Lain Macam, Ada Tips Tak Melekat Semasa Goreng!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN