resepi nasi goreng daging

Kalau tak tahu nak makan malam apa, jom cuba resepi nasi goreng daging yang mudah tapi cukup padu rasanya ini.

Nasi goreng ini lagi sedap kalau guna lebihan nasi semalam. Lagi sejuk nasi itu, lagi elok hasilnya sebab tak lembik bila digoreng.

Tambah pula dengan hirisan daging lembut dan kacang panjang rangup, memang cukup lengkap satu hidangan.

Baca juga: Resepi Nasi Ayam Sedap Macam Dekat Kedai, Guna ‘Satu Bahan Ini’ Nasi Terus Cantik & Wangi!

RESEPI NASI GORENG DAGING

resepi nasi goreng daging

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • Daging secukupnya (direbus hingga empuk, kemudian dihiris nipis)
  • Kacang panjang (boleh tambah lobak merah jika suka)
  • Nasi sejuk (digemburkan terlebih dahulu)
  • Minyak lebihan goreng ikan (bagi aroma lebih sedap)
  • Sedikit kicap manis
  • Sedikit serbuk perasa secukupnya

Bahan tumbuk kasar:

  • Cili kering
  • Cili padi merah dan hijau
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Ikan bilis
  • Sedikit belacan
  • Garam secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak lebihan goreng ikan dalam kuali.
  2. Tumis hirisan bawang besar hingga agak garing dan wangi.
  3. Masukkan bahan tumbuk, tumis sampai garing dan pecah minyak.
  4. Tambah sedikit kicap manis untuk naikkan warna dan rasa.
  5. Masukkan daging rebus yang telah dihiris, gaul hingga sebati.
  6. Masukkan nasi sejuk dan gaul rata supaya sambal menyerap sepenuhnya ke dalam nasi.
  7. Taburkan sedikit serbuk perasa dan terus kacau sampai semuanya mesra.
  8. Akhir sekali, masukkan kacang panjang dan ikan bilis goreng.

Tip: Kalau nak kacang panjang kekal hijau dan rangup, goreng dulu sekejap dalam minyak betul-betul panas, kemudian toskan sebelum dicampur ke dalam nasi.

Sumber: Dhiya Wardah

Baca juga: Resipi Nasi Dagang Terengganu Lembut, Berlemak & Tak Cepat Basi, Memang Legend!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN