resepi siput sedut

Kalau anda tengah mengidam lauk kampung yang pedas berlemak, resepi siput sedut masak lemak cili api ini memang wajib cuba.

Kuahnya yang pekat, pedas, ditambah pula dengan rasa lemak santan dan aroma daun kunyit yang wangi memang sangat menyelerakan.

Cara nak masak pun mudah saja, asalkan siput dibersihkan betul-betul dan hujungnya dipotong supaya senang disedut.

Baca juga: Petua Cuci Siput Sedut Sampai Hilang Segala Lumpur & Lendir, Rasa Pun Jadi Manis!

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK LEMAK CILI API

resepi siput sedut

Bahan-bahan:

  • 1 kg siput sedut (dicuci dengan garam dan dipotong hujungnya)
  • 1 kotak santan (contohnya santan Kara)
  • 3 batang serai (dititik)
  • 3 keping asam keping
  • 1 helai daun kunyit (disiat-siat)

Bahan ditumbuk lumat:

  • Segenggam cili padi (boleh tambah ikut tahap pedas yang disukai)
  • 2 inci kunyit hidup atau 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam dan sedikit serbuk perasa

Cara memasak:

  1. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  2. Masukkan sedikit air, kemudian tambahkan santan, asam keping, serai yang telah dititik dan siput sedut.
  3. Jika kuah terlalu pekat, boleh tambah sedikit air bergantung pada cita rasa masing-masing.
  4. Kacau sentiasa supaya santan tidak berketul dan biarkan hingga menggelegak.
  5. Setelah mendidih, masukkan daun kunyit, garam dan serbuk perasa.
  6. Siap! Hidangkan bersama nasi panas, sambal gesek belimbing dan ikan kering.

Tip tambahan: Kalau nak kuah lagi lemak, guna santan pekat segar. Pastikan siput dibersihkan betul-betul supaya tak ada pasir yang tertinggal.

Sumber: Aqma Idrus

Baca juga: Chef Kongsi Cara Betul Cuci Siput Buluh, Kena ‘Buang’ Satu Benda Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN