festival makanan china

Jika dulu sate jadi menu pilihan, kali ini nasi lemak pula yang berjaya mendunia di sebuah festival makanan China. Bayangkan, sampai ramai beratur panjang nak cuba nasi lemak kita.

Seperti yang kita tahu, nasi lemak memang tak asing bagi rakyat Malaysia yang boleh dimakan pagi, tengah hari dan malam. Menariknya, sekarang ia menawan selera masyarakat China.

Baca juga: Sate Malaysia ‘Mendonia’ Di China, 1,500 Cucuk Licin Dalam Masa Tak Sampai 1 Jam!

NASI LEMAK LAKU KERAS DI FESTIVAL MAKANAN CHINA, BERATUR PANJANG TAK HENTI

@sinwantz_ Replying to @Noga Store Seumur Baru Nak Jumpa Makanan Malaysia Macam Ni lah gaya nya #sinwantz #fyp #fypシ゚ #abangsataynanjing ♬ original sound – sinwantz_

Menurut seorang peniaga dari Malaysia, Mohammad Amni Sinwan, pihak penganjur festival mahu membawa kelainan tahun ini dengan mengetengahkan hidangan luar negara.

Dalam satu perkongsian di TikTok melalui akaun sinwantz_, dapat dilihat orang ramai berpusu-pusu menyerbu gerai nasi lemak yang dikendalikan oleh Sinwan di sana.

Suasana meriah itu berlaku sempena sambutan ulang tahun festival yang ke-33, di mana pelbagai jenis makanan antarabangsa turut dibawa masuk.

Harga satu set nasi lemak di sana dijual sekitar RM20 dan sambutannya boleh tahan luar biasa. Bukan setakat nasi lemak, gerai cendol yang berada bersebelahan juga tak kalah laris dengan deretan pengunjung yang beratur panjang.

INI ANTARA KOMEN NETIZEN, RAMAI RAKYAT MALAYSIA BANGGA

festival makanan china

Di ruangan komen, ramai warganet teruja melihat makanan kebanggaan Malaysia diterima baik di negara lain.

Ada yang membayangkan, satu hari nanti nasi lemak boleh jadi sepopular makanan antarabangsa lain seperti pasta atau kebab.

Tidak kurang juga yang berharap agar lebih banyak makanan tempatan dapat diperkenalkan seperti mee bandung, nasi kerabu, ayam percik, soto dan pelbagai lagi hidangan unik Malaysia.

Ada juga yang berpendapat mungkin sebahagian pengunjung yang beratur sebenarnya pernah mencuba nasi lemak ketika melancong ke Malaysia, lalu kembali mencari rasa yang dirindui itu.

Apa-apa pun, kejayaan nasi lemak menawan selera masyarakat di China ini sememangnya membanggakan. Ia bukan sekadar makanan, tetapi simbol budaya dan identiti Malaysia yang wajar dikongsi dengan dunia.

Semoga bermanfaat!

Sumber: sinwantz_

Baca juga: Kedai ‘Tomyam Malaysia’ Mendunia Di India, Siap Ada Menu Roti Canai Dan Apam Balik

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN